bila je dah dekat2 tarikh tamat visa percubaan 6 bulan tu, korang pergi sekali lagi ke imigresen dan bawak salinan dokumen2 berikut;
a) Surat nikah
b) IC asal & salinan suami / Isteri (yang warganegara)
c) Passport asal & salinan suami/isteri (yang warganegara asing)
d) Surat akuan sumpah (dah siap di chop)- kat borang ni kena tampal gambar ukuran passport, suami & isteri
e) Borang yang di beri oleh pihak imigresen
hantar borang-borang ni kat kaunter, tunggu sekejap..(lebih kurang setengah jam)..nanti di panggil untuk buat pembayaran..menurut staff imigresen tu, untuk first time, diberi tempoh setahun je..so bayaran cuma RM105..nanti dah nak expired, boleh sambung lagi..
Untuk Buat visa kerja pulak, kami ada sikit masalah document, so buat sementara ni, kami hold dulu application visa pekerja ni..bila-bila masa boleh buat sebab dia free je kan..
Dokumen yang perlu disediakan
a) Surat permohonan hendak bekerja di Malaysia dari suami / isteri (yang bukan warganegara malaysia) kepada pengarah jabatan imigresen
b) Surat tawaran bekerja oleh majikan - pastikan guna letter head dan ada chop dari majikan (yang ni la kami kantoi, xde chop)
c) Lesen Perniagaan (Majlis perbandaran)
d) Sijil Daftar Syarikat (SSM) & any related document lain
e) Borang yang perlu di isi
f) Surat Akuan Sumpah - kat borang ni kena tampal gambar ukuran passport, suami & isteri
g) Passport asal & salinan suami/isteri (yang warganegara asing)
h) Standby surat nikah - kot dia tanya..
Untuk surat permohonan hendak bekerja di Malaysia tu, ni aku dah buat..korang boleh copy/paste..
...................................................................................................................................................................
Nama suami atau isteri (yang bukan warganegara)
Alamat surat menyurat
Jabatan Imigresen
Malaysia Negeri Johor Darul Takzim,
Kompleks Kementerian
Dalam Negeri,
Jalan Setia Tropika,
Taman Setia Tropika,
Kempas
81200 Johor Bahru
PERMOHONAN BEKERJA DI MALAYSIA
Saya, ____(nama)______ (No Passport : ________) merupakan suami kepada ____________ (No Kad Pengenalan : ____________) ingin memohon kebenaran pihak tuan untuk
membenarkan saya bekerja di Malaysia.
2. Perkara ini amat penting bagi pihak
kami kerana saya perlu menjalankan tanggungjawab untuk menyara hidup kami di
samping mengukuhkan ekonomi keluarga untuk menampung kos sara hidup yang
semakin meningkat.
3. Pertimbangan daripada pihak tuan amat
kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
(Nama suami) (Nama Isteri)
Suami Isteri
No Passport No Kad Pengenalan
bila nk update crita ni.hihi ..sy nikah dgn pakistan.. jan 2016 ni tmt la tmpoh pcubaan.. tq for info
ReplyDeleteTak dak yg nama penaja ka
ReplyDeletesaya sebagai isteri la jadi penaja suami saya..
DeleteAssalam... Syarat penaja kena pendapatan minimum Rm 2000.. betul ya ??
ReplyDeleteHa ah Betul..nk tanya jugak nih macam mna nk tanya kat sini well..tak der tempat comment lerhh
DeleteAssalam... Syarat penaja kena pendapatan minimum Rm 2000.. betul ya ??
ReplyDeletekalau ikut kan procedure yang saya baca, ya perlu min RM2000..tapi bila dah sampai sana, takde pun dia mintak payslip atau apa2 doc berkaitan hal income ni..
Deleteas long kita yang jadi penjamin dia, dh kawin pun kan..
Sis da no whtspp x sye nk tnya mcm mna nk mohon visa prcubaan 6buln tu??
ReplyDeletesaya dah terangkan di link ini..
Deletehttp://hatikukelabu.blogspot.sg/2014/05/urusan-visa-immigresen.html
Hye sis. Nak tnya, sis ada no whatsapp tak sis. Sy nak tnya pasal apa aja dokumen yg diperlukan untuk dptkan visa kerja. Tq sis
ReplyDeletesemua yang saya tahu telah di terangkan di atas..
DeleteUtk dptkan visa pekerja (sekiranya urusan visa suami/isteri dh selesai..senaraj dokumen ada seperti di atas..say dh list kan tu..
ReplyDeleteSekiranya urusan visa bekerja (tiada visa suami/isteri) maaf saya tidak tahu.
Dah selesai bab visa ikut suami. Nak apply kebenaran kerja pula.
ReplyDeletec) Lesen Perniagaan (Majlis perbandaran)
d) Sijil Daftar Syarikat (SSM) & any related document lain
Kurang faham sikit yang ni.Tolong jelaskan.
c) Lesen Perniagaan (Majlis perbandaran)
ReplyDeleted) Sijil Daftar Syarikat (SSM) & any related document lain
untuk peniaga, ada menyewa kedai/warung majlis perlu ada lesen perniagaan yang dikeluarkan oleh pihak majlis perbandaran..contohnya, MPJBT, MPPG, MPJB etc..photostate lesen tu dan lampir kan sekali dengan borang yang lain..
d) Semua perniagaan perlu mendaftarkan syarikat masing2 (sijil daftar perniagaan itu di keluarkan oleh SSM). jadi SSM ini biasanya ada 4 helai (untuk milikan tunggal)..perlu di photostate kesemua helaian itu..
masa mula2 kami berniaga dulu, kami niaga di rumah je buat delivery..jadi takde lesen Majlis perbandaran..tapi kami tetap registerkan perniagaan di SSM..jadi item (c) tu tiada cuma ada item (d)..
harap faham jawapan saya ini..maaf tak pandai nk olah lebih mudah..=.=
boleh bg contoh Surat tawaran kerja utk suami/isteri bkn wrgnegara oleh majikn.tapi kalau SSM ats syarikat sendiri mcmna nk buat surat twrn tu ye..terima kasih atas perkongsian sis
ReplyDeleteini contoh surat saya...
Delete(letter head company..pandai2 la design sendiri
_____________________________________________________________________________
Kepada,
Nama suami
alamat
Tarikh : _____________
TAWARAN PEKERJAAN
Sukacita dimaklumkan bahawa kami menawarkan anda (Nama suami) bekerja di syarikat kami sebagai pengurus kedai (letak jawatan apa). Anda dibenarkan melaporkan diri pada bila-bila masa sepanjang tempoh sebulan daripada tarikh surat ini dikeluarkan.
2. Sepanjang berkhidmat di syarikat kami, anda dikehendari berkelakuan baik dan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan pihak syarikat.
3. Sebagai sebuah syarikat menyediakan makanan muslim, kami akan bertanggungjawab ke atas kelakuan kesemua pekerja kami, dan tindakan tegas akan diambil terhadap pekerja yang engkar.
Sekian. Terima kasih.
Tandatangan
(nama owner company SSM)
Chop nama company dan alamat seperti dlm SSM (pastikan chop biru)
boleh bg contoh Surat tawaran kerja utk suami/isteri bkn wrgnegara oleh majikn.tapi kalau SSM ats syarikat sendiri mcmna nk buat surat twrn tu ye..terima kasih atas perkongsian sis
ReplyDeletebuat ikut contoh surat tawaran bekerja seperti di atas,
Deletesign oleh pasangan yang nama tertera di SSM.
Salam hai. Sis
ReplyDeleteSaya nak. Tanya rasanya agak rumit untuk memohon perkerjaan di pada majikan luar.... Contoh hendak berkerja di pasar raya atau sebagainyaa
Mcm sis ni kerja sdri dengan suami
Tapi bila baca entry sis
Baru tau kita bole. Berniaga sdri... Rasa itu lebih baik
ya..buat SSM dan tulis surat yang telah saya jelaskan di entry..jadi lebih mudah.tapi perlu berhati2 ada lah menjadi kesalahan sekiranya visa bekerja dikeluarkan oleh SSM company lain dan bekerja di company lain.harap maklum.
DeleteAssalamu'alaikum wr wb.. Sis sya nak tanya.. Berapa bayaran untuk buat visa bekerja yer? Saya wrga negara asing, isteri kepada wrga negara mlaysia..
ReplyDeleteVISA KERJA DEPA CAKAP FREE TAK YAH BAYAR..ANYWAY KALAU U DAH BUAT BOLEH SHARE TAK STEP BY STEP 013 3448220
DeleteSis kalau pkai SSM sndri nak kena buat current account bank dngn declare income tax tak untuk bisnes kita before submit document ke imigresen?
ReplyDeletepihak imigresen hanya memerlukan SSM. tentang declare income tax dan account bank, itu urusan pihak berkuasa lain. tidak berkait rapat dalam urusan visa.
DeleteAssalamualaikum Sis, klu suami sy still ada permit kerja, blh tak apply visa perkahwinan. Terima kasih
ReplyDeletetidak boleh..tapi cik boleh study dulu process nya..nanti dah ready semua document baru sis cancelkan permit kerja.
DeleteCik visa married ada lagi tempoh 7 bulan ,masih bolehkah apply permit berkerja untuk suami? Dgr diaorg ckp kena visa 1 tahun bru boleh appy..betulke
ReplyDeletesaya cadangkan sis prepare all related doc, (SSM, surat tawaran bekerja, surat permohonan bekerja etc)...nanti masa renew kan visa perkahwinan,boleh apply utk visa bekerja sekali.
DeleteOk sis terima kasih bagi cadangan
ReplyDeleteSaya c suami yang di jamin oleh istri . Bole ka saya kerja semula di kilang . Sebab2 saya tak di tterima kerja sebab saya jaminan istri. Insuran tiada . Jadi majikan saya tidak mau terima
ReplyDeletemaaf saya tidak pasti tentang ini, pengalaman saya suami berniaga sendiri.
ReplyDeleteAsslalm o alikum sisters and brothers... Saya nak tanya saya dari pakistan i dah kahwin sini 6 bulan skrng saya mahu apply spouce visa so berapa fees untuk spouce visa and which documents needs for that... Thanx
ReplyDeletefor new application, pls stand by RM1500 (but this one based on my experience - Indonesian but im sure the diff not so much)
ReplyDeleteMy advice, you go to pakistan consulate and get their guideline.
Spouse visa blh kerja ke... Ade Kena bayar ke? Agent ckp Kena bayar rm2000 betul ke... I keliru pls help me explain for me tq
ReplyDeleteboleh slps 6 bulan kahwin..ada cerita panjang tentang ini di atas..
Deletekalau dah ada visa suami isteri, visa percuma je..
pegi sendiri kat imigresen..selesai dlm masa sehari je..
Mohon Maaf.. Tanya sikit tentang Borang Permohonan Pas Lawatan – IM.12-Pin.1/97 memang imigresen bagi dua keping ke? Dua2 pun borang yang sama.. Heran saya.. Satu untuk suami warganegara satu untuk isteri bukan warganegara ke?
ReplyDeleteisi kedua2 salinan tu untuk yang bukan warganegara sahaja..borang IM.12 tu untuk visa lanjutan..
Deletekalau dlm kes encik ni, isteri bukan warganegara kan, jadi isi maklumat di borang tu - tentang isteri shj..
borang IM.12 tu untuk visa lanjutan
Kalau alamat surat menyurat kita buat alamat lain boleh ke sis ?
ReplyDeleteAssalamualaikum Puan nak bertanya macamana ya Surat kebenaran bekerja daripada suami/isteri warganegara, ada contoh tak?
ReplyDeleteAssalamualaikum sis sy isteri pd warga negara yg bekerja sbg baby sitter untuk warga Switzerland, bekerja sbg bby sitter di benar kan x oleh imi?
ReplyDelete