lama betul dah tak menjenguk blog ni..hehe..sorry ye..
rupanya ada banyak jugak pertanyaan dari reader2 yang aku tak perasan..
ampun banyak-banyak..
sambungan..
Lepas buat hampir tamat tempoh visa 1 tahun tu, korang boleh pegi jabatan imigresen dan dapat kan borang..borang untuk renew tak complicated macam 1st time..sikit je borangnya dan ada borang untuk dapatkan chop dari suruhanjaya sumpah..
document yang perlu ada
a) Surat nikah
b) IC asal & salinan suami / Isteri (yang warganegara)
c) Passport asal & salinan suami/isteri (yang warganegara asing)
d) Surat akuan sumpah (dah siap di chop)- kat borang ni kena tampal gambar ukuran passport, suami & isteri
e) Borang yang di beri oleh pihak imigresen
selama tempoh kami dah kawin setahun ni, aku dah sempat buatkan SSM untuk kami..so just guna document SSM tu sebagai company si dia bekerja..
Dokumen yang perlu disediakan
a) Surat permohonan hendak bekerja di Malaysia dari suami / isteri (yang
bukan warganegara malaysia) kepada pengarah jabatan imigresen..contoh ada kat entry ni sini
b) Surat tawaran bekerja oleh majikan - pastikan guna letter head dan ada chop dari majikan (yang ni pastikan pakai chop kaler biru, aku sendiri yg sign sebab SSM nama aku..kiki)
c) Lesen Perniagaan (yang ni takde, tapi aku bgtau pegawai imigresen tu kami berniaga online dari rumah je, dan alamat kat SSM tu mmg alamat rumah aku pun)
d) Sijil Daftar Syarikat (SSM) & any related document lain
e) Borang yang perlu di isi oleh jab imigresen
f) Surat Akuan Sumpah - kat borang ni kena tampal gambar ukuran passport, suami & isteri
g) Passport asal & salinan suami/isteri (yang warganegara asing)
h) Standby surat nikah - kot dia tanya..
This time kami dapat visa untuk 2 tahun terus dan juga chop kebenaran bekerja..expired bulan Nov, 2017...Alhamdulillah..
Bila suami kita dah ada visa suami/isteri, dorang dah boleh buat lesen memendu tau..so en suami dah boleh ada lesen, kita pun senang la sikit kan..
kami pun dah pergi beberapa kali melawat saudara mara di Batam, dan ber hanimun di Acheh, dan InsyaAllah bulan Feb 2016 nanti akan ke Umrah...passport semua dah serahkan ke travel agent untuk apply visa umrah pulak...Doakan semua nya berjalan lancar ya..
untuk yang baru nak apply, jangan takut nak call jabatan imigresen, atau jabatan agama atau kedutaan...ramai je yang berkahwin dengan bukan warganegara Malaysia ni, dan pegawai-pegawai ni willingly nak membantu dan jawab soalan-soalan kita..so far aku takde lagi pun kena sound2 oleh pegawai2 kerajaan ni..
so think +ve ya...
good luck..
macamana kalau x ada ssm tp ada lesen dbkl? boleh guna x?
ReplyDeleteyg tu saya tak pasti,,may be boleh..
Deletetp kalau ada masa, buat je SSM..pegi pejabat dia atau UTC pun boleh..bayaran RM70 je setahun..
Assalamualaikum sis nk tnya brape rm sis kna bayaran visa tuk2 tahun....
ReplyDeleteAssalamualaikum sis nk tnya brapa sis kna bayaran visa tuk 2thun?
ReplyDeletebayaran untuk setiap tahun RM105..so bila dpt renew utk 2 tahun;
DeleteRM105 x 2 = RM210
Itu cop kat passport ada tulis kerja kat mana tak?
ReplyDeleteApakah kerja kak kata kerja online kat rumah? Kalau kata jual online makanan kat rumah bole?
boleh..asalkan ada SSM..
Deletebuat SSM sekejap je RM70/setahun..
dalam surat lantikan pekerja tu, letak sekali jawatan..dan mesti ada chop rasmi syarikat (buat chop ikut nama kat SSM),
nanti kat passport tu ada di chop sekali nama syarikat dan jawatan
Assalamualaikum maaf jika lewat tempat ini saya publikasikan kisah sukses saya.. senang sekali saya bisa menulis dan berbagi kepada teman-teman disini. barangkali ada teman-teman yang sedang kesulitan masalah keuangan. Beberapa waktu yang lalu perusahaan percetakan saya dirundung hutang yang cukup besar. Hal itu di akibatkan melonjaknya harga kertas dan tenaga upah yang harus saya bayar kepada para karyawan saya. Sementara itu beberapa tender yang nilainya cukup besar gagal saya menangkan. Akibatnya saya harus menjaminkan mobil saya untuk meminjam hutang dari bank. Namun hal itu belum cukup menutup devisit perusahaan. Bahkan pada akhirnya rumah beserta isinya sempat saya jaminkan pula untuk menutup semua beban hutang yang sedang dilanda perusahaan. Masalah yang begitu berat bukan mendapat support dari istri justru malah membuat saya bersedih bahkan sikapnya sesekali menunjukan rasa kecewa. Hal itu di sebabkan semua perhiasan yang sempat saya hadiahkan padanya turut saya gadaikan. Disaat itulah saya sempat membaca beberapa situs yang bercerita tentang solusi pesugihan Danah Gaib 3M dari MBAH SUROPALA dan akhirnya saya menghubungi beliau. Kata MBAH SUROPALA pesugihan yang cocok untuk saya adalah pesugihan Danah Gaib. Tanpa pikir panjang semua petunjuk MBAH saya ikuti dan hanya 3 hari. Alhamdulilah akhirnya danah gaib yang saya minta benar benar ada di rekening saya. Perlahan hutang-hutang saya mulai saya lunasi. Perhiasan istri saya yang sempat saya gadaikan kini saya ganti dengan yang lebih bagus dan lebih mahal harganya. Dan yang paling penting bisnis keluarga yang saya warisi tidak jadi koleps. Jika ingin seperti saya silahkan minta bantuan kpd beliau karna cuma beliau yg behasil membantu saya telpon MBAH SUROPALA di nomer +6285~319~483~234 semoga bisa bermanfaat kpd anda.
ReplyDeleteSalam sis.. Nk tnya sis Ada pengalaman tk mengenai smbg permit kerja suami? Contoh mcm ni,3 bulan sblom visa suami exp Dia bru dpt tawaran kerja. Kontrak Dia trtulis kt situ slma 3 tahun. Tp imigresen cuma bg sah laku slma 3 bulan je sbb ikut exp visa suami. Jd boleh x bila p renew visa n permit krja skli kita xpyh lg kemukakan borg2 kebenaran utk berkerja?
ReplyDeleteuntuk kes puan ni, saya belum alami sendiri.,.tp ada baiknya puan bwk salinan photocopy surat tawaran bekerja dr pihak majikan.so sekiranya pihak imigresen nak, dah stand by kan.
Deletemake sure bila dh renew visa tu dpt sekali visa pekerjaan ya..nanti susah pulak puan takut ada apa2 ambush dr pihak penguatkuasa..
salam sis,, andai kata suami dapat tawaran kerja di Malaysia.. perlu ke ada SSM and lesen perniagaan? optional ker cmne yer?
ReplyDeleteKalau ada majikan yg offer kerja pd suami puan..mintak pihak majikan sediakan
Delete1) surat tawaran bekerja beserta chop company
2) lesen perniagaan yg dikeluarkan oleh SSM
3) lesen dari majlis perbandaran
Puan tidak perlu register SSM lagi.
Hi, boleh bagi contoh untuk Surat tawaran bekerja oleh majikan - pastikan guna letter head dan ada chop dari majikan (yang ni pastikan pakai chop kaler biru, aku sendiri yg sign sebab SSM nama aku..kiki)
ReplyDeleteSaya nak buat jugak untuk suami saya, SSM pakai nama saya..