masa mintak pengesahan imigresen ari tu mmg kami dah pergi terus ke bahagian visa (alang-alang dah kat dalam 1 bangunan), mintak segala borang dan senarai segala dokemen yang diperlukan..
semua dokumen yang diperlukan;
- Borang Imm.12 (2 salinan)
- Borang Imm.38
- Salinan Kad Pengenalan penaja (suami/isteri yang warganegara)
- Salinan Surat Beranak penaja (suami/isteri yang warganegara)
- Salinan pasport suami/isteri yang warganegara (jika berkahwin di luar Malaysia) semua muka surat bercetak
- Salinan pasport pemohon (suami/isteri yang bukan warganegara) (semua muka surat yang bercetak)
- Salinan sijil nikah/ kahwin di Malaysia (jika berkahwin di luar negara sertakan sijil nikah/ kahwin negara berkenaan)
- Gambar suami / isteri berukuran pasport (2 keping)
- Gambar perkahwinan• Surat cerai/ sijil kematian (jika janda/duda) - gambar kahwin ni, gambar yang korg amik kat atas pelamin..mujur la kami kawin kat jabatan agama, ada la di sediakan pelamin kecik kat situ..dari 6 keping gambar yg kami bawak, cuma 1 je yang lulus..mujur la ada jugak yang sangkut, kalau x, kena cari lagi gambar kat camera.
- Security Bond - Perlu Stem hasil RM10
- Surat Akuan Sumpah - Perlu chop pesuruhjaya sumpah
- Ada beberapa lagi borang berkenaan suami/isteri yang perlu di isi
Kelulusan visa mengambil masa 3 hari bekerja..so, lepas 3 hari, suami dan isteri perlu datang lagi untuk ambil visa tersebut, jangan lupa bawak passport pasangan yang bukan warganegara..
Total bayaran yang perlu dibawa = RM 1120, details bayaran dalam resit di bawah
Visa ini untuk tempoh 6 bulan sahaja..di anggap sebagai tempoh percubaan..sepanjang 6 bulan ini, anda dan pasangan di benarkan keluar/masuk dari malaysia, (boleh la nak jejalan kat kampung si dia ke or nak hanimun jejauh sikit) memandanagkan visa ini multiple entry..tetapi si suami/isteri yang bukan warganegara tidak dibenarkan bekerja dalam tempoh 6 bulan ini, sebab visa tersebut untuk visa lawatan sosial jangka panjang sahaja, bukan visa bekerja....(ni la masalah besarnya)..sebab kat visa tu ada tulis "during this period, employment are prohibited"
Ni hasil soalan saya dan en suami kepada pegawai immigresen tadi,
Selepas tempoh 6 bulan, sekiranya takde masalah, perlu datang lagi ke immigresen untuk buat visa sosial (perkahwinan)..perlu di re-new setiap tahun..bayaran untuk setiap tahun RM105...kalau takde masalah, boleh apply terus beberapa tahun, bergantung kepada kelulusan immigresen..contoh nak buat terus 4 tahun, kena bayar RM105 x 4 tahun = RM420...
Dalam tempoh ni, boleh buat sekali visa pekerja..tapi ada byk jugak supporting dokumen yang perlu di sediakan..nanti bila saya process bab ni, saya update entry baru ye..tadi saya dah amik senarai dokumen yang diperlukan..bayaran tak pasti pulak, lupa nak tanya tadi...
Selepas 5 tahun guna visa sosial perkahwinan, baru boleh apply kad pengenalan merah (Permanent resident, PR)..kalau boleh apply PR, so deposit RM500 yang dah bayar tadi baru boleh dapat balik, tu pun resit jangan bagi hilang..(simpan semua dokumen baik-baik ye) >.<"
Assalammualaikum Puan,
ReplyDeleteTahniah! atas perkahwinan puan dan suami setelah berbagai rintangan dilalui akhirnya puan berjaya atasi..saya mungkin akan menghadapi masalah yang sama seperti puan jadi saya amat berharap dapat memperolehi email puan untuk saya bertanyakan beberapa soalan dan pencerahan lanjut..
Wassalam
maaf cik, saya dah lama pulak tak bukak blog ni..
ReplyDeletemacam mana urusan cik?..
saya harap cik berjaya bernikah dgn pasangan cik tanpa sebarang masalah
Salam puan.. saya ingin btanya. Macam mana pula dengan proses kahwin bangsa bugis. Yang cuma ada surat lahir dari malaysia tetapi tak dapat nak aply buat ic. Adakah prosesnya sama saja degan yang puan nyatakan di atas...
ReplyDeletewsalam
suruh die aply dulu ic.. sbb die ada surat beranak malaysia... proses lama jga makan tahun
Deletekena tengok jugak surat beranak tu, kat surat tu tulis warganegara atau tidak.
Deletesekiranya salah seorang (samada ibu/bapa) warganegara malaysia, si anak automatic boleh jadi warganegara..tapi kalau ibu DAN bapa, kedua-duanya bukan warganegara malaysia, maka si anak pun bukan warganegara malaysia, cuba JPN keluarkan surat beranak sebagai register anak itu lahir di sini..
Assalamualaikum Puan, mohon bantuan, apakah amount untuk buat Security Bond? dan perlu ke ada owner yang menaja?
ReplyDeletebolehkah hantar wakil untuk dapatkan stemping?
Deletesecurity bond RM500.. macam dalam resit kat atas tu tulis "Deposit".
Deletebayar kat imigresen masa urusan kat kaunter.
kebanyakan urusan di imigresen perlu kedua pihak datang..maksud saya suami dan isteri sendiri yang hadir..ini penting untuk menunjukkan komitmen kedua-dua pihak.
Deletedan juga byk ada byk document yang perlu di bawa, so sekiranya ada yg x cukup, cthnya chop suruhanjaya sumpah, kena ada sign dan ic dari suami & isteri..kalau kedua ada kan urusan tu boleh terus settlekan ari tu..
masa hantar document perlu kedua-dua pihak.,.tp bila nk collect visa, salah sorg pun boleh..
Hi sis.. Sy nk tanya, selepas nikah, perlu daftar di imegresen..imegresen nk sijil nikah ori ke? Sbb lepas nikah tok kadi hanya bagi sijil nikah sementara.. Untuk daftar ke imegresen lepas nikah, sijil nikah sementara tu boleh guna ke?
ReplyDeleteHarap sis dapat membantu .. Tq
Hi sis.. Sy nk tanya, selepas nikah, perlu daftar di imegresen..imegresen nk sijil nikah ori ke? Sbb lepas nikah tok kadi hanya bagi sijil nikah sementara.. Untuk daftar ke imegresen lepas nikah, sijil nikah sementara tu boleh guna ke?
ReplyDeleteHarap sis dapat membantu .. Tq
tak boleh,,kena tunggu dapat sijil nikah yang ori..kena tunggu bbrp hari atau call pihak jabatan agama mintak dipercepatkan..
Deletesijil nikah sementara tak di terima oleh pihak imigresen
Ada lagi sedikit butiran yg tertinggal
ReplyDeleteMna yg pasangn mengunakan permit.. tempoh permohonan visa baru di lulus kn selepas 6 bulan pembatalan permit tak kesah laa nak dok kt indo ke atau nak bulan2 cop pasport
sebab saya dri bahagian buat visa..
buat pengesahan immigresen kebetulan suami bru potong permit sebulan lebih..
Letih jga nak tunggu lg 4bulan..
maknanya, suami puan dah potong permit keja sbln lebih, tp bila dh nikah, tak boleh nk buat visa nikah ke?..kena tunggu lagi 6 bulan?..so skang ni kena berulan chop passport?
DeleteAssalammualaikum..
ReplyDeleteBoleh ke sy dpatkan no tlp puan.. atau fb puan.. sbb bnyak soalan yg sye nak tanya.... sy leleki warganegara indonesia dan dh berkhawin dgn orang malaysia... sy baru sampai tahap dapat pas lawatan 3 bulan.... 0166019423
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteNAk tanya surat akuan sumpah tu disediakan ke?atau kita yg buat? Then yg surat akuan penaja tu cmner pulak? Sape yg jadi penaja kalau kita tak bekerja?? Kalau gmbr perkahwinan xde cmner?sbb nikah luar negara n family pun xsuka time tu
ReplyDeleteKesemua surat-Surat di sediakan oleh pihak imigresen..(termasuk surat akuan sumpah, surat penaja, etc)
Deleteisteri menjadi penaja kepada suami yang bukan warganegara (atau sebaliknya). tak perlu sediakan pay slip/bukti bekerja.
berkenaan gambar perkahwinan maaf saya tak tau kalau takde.
Yang terbaru sy g imigresen shaj alam januari 2019 depa mtk payslip 3 bln n penyata epf dgn gaji rm2000 ke atas baru boleh jd penaja pd pasangan. Klu xcukup syarat2 tu kna cri penaja yg memenuhi kriteria tersebut.
Deleteassalamualaikum sis..saya nak tanya..masa kita mula2 nak buat permohonan visa tu ktp dan kartu keluarga suami kena sertakan sekali tak?suami saya orang indonesia..saya baru je kawin bulan lepas.dan suami baru matikan permitnya bulan ni..so kena cari informasi la dulu ni sbb lepas matikan permit 6 bulan lepas tu bru boleh mohon kan..harap sis perasan soalan sy ni..tq
ReplyDeleteurusan di malaysia tak menggunakan ktp atau kartu..
Deletedi malaysia cuma guna passport yang sah dan borang N1, N2, N3 dan N4 yang dah lengkap sahaja.
This comment has been removed by the author.
Deletekalau takde borang N1, N2, N3 dan N4 tu tak boleh mohon visa ke sis?sbb sy kawin kat thailand haritu..surat nikah malaysia belum dpt lg..dah daftar tp tgh tunggu mahkamah panggil.
DeleteMaaf saya tidak tahu kalau procedure kawin di thailand
Deletehayati hamdan, sila tunggu surat nikah ori malaysia keluar baru proceed.
DeleteKalau tunggu visa belum siap berbulan2 boleh ke mintak taknak balik indon dan mintak lanjut kan tarikh untuk keluar?
ReplyDeleteAssalamualaikum Sis, suami sy warganegara Bangladesh dan still ada permit kerja. Blh ke kami aplly visa kahwin atau kena potong permit kerja dulu
ReplyDeleteAssalamualaikum Sis, isteri kepada pekerja sy warganegara Indonesia.. telah tinggal di Malaysia lebih daripada 5 tahun dan ingin mohon PR...masalahnya hilang resit deposit? Difahamkan ada 18 dokumen, perlu lengkap termasuk resit deposit..
ReplyDeleteye encik..memang salah satu item yang diminta adalah resit deposit tu..sekiranya hilang saya tak pasti urusan nya..perlu rujuk ke Jab Imigresen terdekat..
Deleteada kenalan suami yang hilang resit tu juga, tp tetap diproses permohonan beliau.
Assalamualaikum, nk tanya kalau nak uruakan visa mengikut isteri warganegara. Tapi suami ada pati macam mana nak urus ya. Sebab ke imigresen dia x dapat satu jawpan yang pasti.
ReplyDeleteuntuk urusan visa perkahwinan, syarat utama calon suami perlulah ada passport yang sah..
Deletesekiranya passport dah overdue (bakal suami overstay di sini),urusan nya agak sukar..perlu ke konsulat untuk dpt kan advice.
Assalamualaikum akak sy mintak sgt pertolongan akak...saya hendak bertanya sekiranya saya ingin bernikah ngan isteri sy yg hnya ade surat beranak,tetapi surat beranak tu tulis bkn wargenegara...same ke proses...selalu nye ambil sijil nikah segera tu ada bayaran ke kak...and ckop x tok 2 hari tok urus semua nie
ReplyDeleteadakah bakal istrinya itu ada passport yang masih valid (hidup)?
Deletekalau ada, boleh ikut cara saya ini, tapi kalau passport nya tiada (memandangkan beliau lahir di sini), boleh pergi ke kedutaan untuk dapatkan nasihat.
DeleteAssalammualaikum puan,saya nak tanya tengah musim covid 19 ini,istri saya nak sambung untuk visa 6 bulan,sudah buat temujanji,tapi belum ada borang lagi?terus datang pada date temu janji atau macemane puan?
ReplyDeletemaaf encik..sepanjang musim covid ni saya belum berurusan lagi dekat kaunter imigresen.
Deletesaya cadangkan, encik pegi awal2 pagi..amik borang dan terus isi..untuk dapatkan chop suruhanjaya sumpah selalunya ada di kawasan sekitar tu..
segala dokumen dah siap photostate dn gambar jangan lupa bawa..pen dan gam bawak sekali senang dan settlekan urusan.
Assalamualaikkum sy nurul dr johor sy nak minta bantuan kat sini utk suami sy. Suami warga Bangladesh dan kami bernikah di Bangladesh dan sudah daftar kat johor dan sy juga ada seorng baby smua document adalah sah dan semasa kami nikah suami sy ada permit dan nak batalkan majikan pulak luar negara 4bulan lps majikan balik dan lock down tlg sy apa yg sepatutnya sy kena buat skrng
ReplyDeleteMaaf puan..saya tak pernah tau urusan ni.
DeleteSaya hanya kongsikan pengalaman saya, bukan nya saya pegawai/pekerja imigresen.
Saya cadangkan puan ke kedutaan dan ke jabatan agama terdekat.
Memandangkan sekarang pkp, puan boleh cuba call dulu untuk mendapatkan nasihat
072282940
Jabatan agama johor - bahagian nikah
saya nk bertnya klau visa sosial suami sy dah tamat tempoh bulan 5 hari tu,,ada masalah tak untuk sambung visa 6 bulan tu..sebab surat nikah original sy keluar lambat ..tp passport dia masih sah..
ReplyDeleteboleh cuba ke imigresen terdekat untuk dptkan visa sementara. lagi pun dalam PKP ni byk urusan perlu appoinment untuk di uruskan
DeleteHai, saya nak tanya security bond tu saya dh beli setem hasil, bawak setem hasil dengan security bond form terus ke imigresen ke? Perlu ke pergi lembaga hasil?
ReplyDeleteperlu ke LHDN untuk dpatkan valid chop.
ReplyDeletesalam.. saya nk tahu. adakah procedur sekarang terdapat cooling period di mana pasangan perlu blik ke negara asal 6 bulan?
ReplyDeleteSalam saya nak tanya. Saya nak menikah dengan warga asing tapi dia pakai permit kerja dan dalam urusan nak mati permit, macam mana yaa untuk proses seterusnya? Harap dapat dijelaskan dengan jelas dan terperinci. Terima kasih.
ReplyDeleteAssalamualaikum puan,saye nak tanye sye kahwin dgn warga negara indonesia,thn 2013 dkat dumai indonesia,dan sye dh dpt sijil nikah malaysia,tpi masalah sekarang ni suami sya tiada pasport sbb xboleh buat dkt kg.die ari tu,die kate kne pergi mahkamah dkat sana dlu untuk batalkn pasport terdahulu,adakah puan bleh bagi jawaban?
ReplyDeletewaalaikumussalam...
Deletesuami ada di mana ya?
kalau di indonesia boleh berurusan di sana..sekiranya di malaysia, blh berurusan di kedutaan.
salam, sy warganegara tapi kakak sy bukan. so dia minta sy jadi penaja.
ReplyDeleteapa mksd penaja?
kenapa perlu penaja?
kemudian penaja kene bagi payslip,epf&bank statement. sy tak selesa nak bagi p&c sy dekat org walaupun kakak sendiri
its up to u nak jadi penaja atau tidak..
Deletekalau cik rasa x selesa, blh bincang baik2 dengan akak mintak org lain yg jadi penjamin,
tapi sekiranya cik nk tlg tp tak nk share document yg P&C, then masa kat jab imigresen nanti la baru cik serahkan document tu directly kepada pegawai bertugas tu..
kalau bukan cik yang tlg akak tu,siapa lagi yg blh bantu dia..
Nak tanya pihak imigresen ada buat Naziran ke rumah cik.. berapa lama masa tempoh tunggu Naziran. Permit kerja tu boleh dot selepas imigresen buat Naziran ke
ReplyDeleteSaya akan sangat merekomendasikan layanan pinjaman Mr Pedro kepada siapa pun yang membutuhkan bantuan keuangan, dan mereka akan membuat Anda tetap di atas direktori tinggi untuk kebutuhan lebih lanjut. Sekali lagi, saya memuji diri Anda dan staf Anda untuk layanan dan layanan pelanggan yang luar biasa, karena ini adalah aset besar bagi perusahaan Anda dan pengalaman yang menyenangkan bagi peminjam seperti saya. Berharap yang terbaik untuk masa depan Anda. Pak Pedro adalah cara terbaik untuk mendapatkan pinjaman mudah, ini email mereka. pedroloanss@gmail.com Atau WhatsApp: +18632310632 Terima kasih telah membantu saya dengan pinjaman sekali lagi dengan tulus hati saya selamanya berterima kasih.
ReplyDeleteAnda dapat menghubungi Mr Pedro Jerome untuk bantuan keuangan berikut seperti Home Loan, Car Loan, Business Loan, Personal Loan, Merchant Loan,