Wednesday, 26 November 2014

*Visa Perkahwinan*

Okehh...lama jugak tak update blog ni ye..hehe..sorry la ye..

bila je dah dekat2 tarikh tamat visa percubaan 6 bulan tu, korang pergi sekali lagi ke imigresen dan bawak salinan dokumen2 berikut;

a) Surat nikah
b) IC asal & salinan suami / Isteri (yang warganegara)
c) Passport asal & salinan suami/isteri (yang warganegara asing)
d) Surat akuan sumpah (dah siap di chop)- kat borang ni kena tampal gambar ukuran passport, suami & isteri
e) Borang yang di beri oleh pihak imigresen

hantar borang-borang ni kat kaunter, tunggu sekejap..(lebih kurang setengah jam)..nanti di panggil untuk buat pembayaran..menurut staff imigresen tu, untuk first time, diberi tempoh setahun je..so bayaran cuma RM105..nanti dah nak expired, boleh sambung lagi..

Untuk Buat visa kerja pulak, kami ada sikit masalah document, so buat sementara ni, kami hold dulu application visa pekerja ni..bila-bila masa boleh buat sebab dia free je kan..

Dokumen yang perlu disediakan
a) Surat permohonan hendak bekerja di Malaysia dari suami / isteri (yang bukan warganegara malaysia) kepada pengarah jabatan imigresen
b) Surat tawaran bekerja oleh majikan - pastikan guna letter head dan ada chop dari majikan (yang ni la kami kantoi, xde chop)
c) Lesen Perniagaan (Majlis perbandaran)
d) Sijil Daftar Syarikat (SSM) & any related document lain
e) Borang yang perlu di isi
f) Surat Akuan Sumpah - kat borang ni kena tampal gambar ukuran passport, suami & isteri
g) Passport asal & salinan suami/isteri (yang warganegara asing)
h) Standby surat nikah - kot dia tanya..




Untuk surat permohonan hendak bekerja di Malaysia tu, ni aku dah buat..korang boleh copy/paste..

...................................................................................................................................................................



Nama suami atau isteri (yang bukan warganegara)
Alamat surat menyurat


Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor Darul Takzim,
Kompleks Kementerian Dalam Negeri,
Jalan Setia Tropika,
Taman Setia Tropika, Kempas
81200 Johor Bahru

PERMOHONAN BEKERJA DI MALAYSIA

Saya, ____(nama)______ (No Passport : ________) merupakan suami kepada ____________ (No Kad Pengenalan : ____________) ingin memohon kebenaran pihak tuan untuk membenarkan saya bekerja di Malaysia.

2.         Perkara ini amat penting bagi pihak kami kerana saya perlu menjalankan tanggungjawab untuk menyara hidup kami di samping mengukuhkan ekonomi keluarga untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

3.         Pertimbangan daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.


 




(Nama suami)                                                                                     (Nama Isteri)
Suami                                                                                                  Isteri
No Passport                                                                                          No Kad Pengenalan





Tuesday, 13 May 2014

Urusan Visa * Immigresen*

Okeh...sebaik selesai urusan akad nikah..aku terus mintak di percepatkan keluarkan sijil nikah yang asal...

masa mintak pengesahan imigresen ari tu mmg kami dah pergi terus ke bahagian visa (alang-alang dah kat dalam 1 bangunan), mintak segala borang dan senarai segala dokemen yang diperlukan..

semua dokumen yang diperlukan;



  1. Borang Imm.12 (2 salinan)
  2. Borang Imm.38
  3. Salinan Kad Pengenalan penaja (suami/isteri yang warganegara)
  4. Salinan Surat Beranak penaja (suami/isteri yang warganegara)
  5. Salinan pasport suami/isteri yang warganegara (jika berkahwin di luar Malaysia) semua muka surat bercetak
  6. Salinan pasport pemohon (suami/isteri yang bukan warganegara) (semua muka surat yang bercetak)
  7. Salinan sijil nikah/ kahwin di Malaysia (jika berkahwin di luar negara sertakan sijil nikah/ kahwin negara berkenaan)
  8. Gambar suami / isteri berukuran pasport (2 keping)
  9. Gambar perkahwinan• Surat cerai/ sijil kematian (jika janda/duda) - gambar kahwin ni, gambar yang korg amik kat atas pelamin..mujur la kami kawin kat jabatan agama, ada la di sediakan pelamin kecik kat situ..dari 6 keping gambar yg kami bawak, cuma 1 je yang lulus..mujur la ada jugak yang sangkut, kalau x, kena cari lagi gambar kat camera.
  10. Security Bond - Perlu Stem hasil RM10
  11. Surat Akuan Sumpah - Perlu chop pesuruhjaya sumpah
  12. Ada beberapa lagi borang berkenaan suami/isteri yang perlu di isi
Sediakan kesemua dokumen ini..

Kelulusan visa mengambil masa 3 hari bekerja..so, lepas 3 hari, suami dan isteri perlu datang lagi untuk ambil visa tersebut, jangan lupa bawak passport pasangan yang bukan warganegara..

Total bayaran yang perlu dibawa = RM 1120, details bayaran dalam resit di bawah

Visa ini untuk tempoh 6 bulan sahaja..di anggap sebagai tempoh percubaan..sepanjang 6 bulan ini, anda dan pasangan di benarkan keluar/masuk dari malaysia, (boleh la nak jejalan kat kampung si dia ke or nak hanimun jejauh sikit) memandanagkan visa ini multiple entry..tetapi si suami/isteri yang bukan warganegara tidak dibenarkan bekerja dalam tempoh 6 bulan ini, sebab visa tersebut untuk visa lawatan sosial jangka panjang sahaja, bukan visa bekerja....(ni la masalah besarnya)..sebab kat visa tu ada tulis "during this period, employment are prohibited"



Ni hasil soalan saya dan en suami kepada pegawai immigresen tadi,


Selepas tempoh 6 bulan, sekiranya takde masalah, perlu datang lagi ke immigresen untuk buat visa sosial (perkahwinan)..perlu di re-new setiap tahun..bayaran untuk setiap tahun RM105...kalau takde masalah, boleh apply terus beberapa tahun, bergantung kepada kelulusan immigresen..contoh nak buat terus 4 tahun, kena bayar RM105 x 4 tahun = RM420...

Dalam tempoh ni, boleh buat sekali visa pekerja..tapi ada byk jugak supporting dokumen yang perlu di sediakan..nanti bila saya process bab ni, saya update entry baru ye..tadi saya dah amik senarai dokumen yang diperlukan..bayaran tak pasti pulak, lupa nak tanya tadi...

Selepas 5 tahun guna visa sosial perkahwinan, baru boleh apply kad pengenalan merah (Permanent resident, PR)..kalau boleh apply PR, so deposit RM500 yang dah bayar tadi baru boleh dapat balik, tu pun resit jangan bagi hilang..(simpan semua dokumen baik-baik ye) >.<"



Thursday, 8 May 2014

* Langkah 10 * Urusan Jabatan Agama *

Bila confident semua dokumen dah lengkap..dah susun ikut senarai yang ada kat eNCR tu..siap kan 3 salinan kesemuanya...kami ke jabatan agama..pagi-pagi lagi kami dah sampai kat sana...maklum la, kalau ada apa-apa kekurangan, harap-harap ada masa nak betulkan..

sampai je kat jabatan agama tu, terus ke Blok A, Tingkat 2...Bahagian Undang-Undang...serahkan kesemua dokumen yang ada tu (asingkan dokumen lelaki dan dokumen perempuan)..nanti pegawai tu belek setiap satu..kalau semua dah lengkap dan takde masalah.,..dorang akan keluarkan 1 surat (2 copies)..dan kita perlu bayar RM10..

Dari Bahagian Undang-undang, kami terus ke bahagian Kadi, Nikah (Tingkat 2, Blok B)...di sini bagi lagi semua dokumen yang kita dah ada tue, (jangan lupa bawak yang original- esp surat nikah parent, sijil kursus pra-perkahwinan). Kalau takde masalah, terus ke kaunter bayaran, kalau JB ni kami kena bayar RM30, then jumpa Kadi untuk interview..

Alhamdulillah, takde masalah semuanya...

Kami pun dah di nikahkan 2 minggu selepas mendapat kelulusan Jabatan Agama..
ALHAMDULILLAH...:)

p/s : saya akan update procedure untuk buat visa pulak lepas ni ye..

kepada reader yang baca entry ni, jangan putus asa..insyaAllah jika niat kita ikhlas, akan dipermudahkan olehNya..yang penting kedua-dua pihak perlu tabah dari segi mental, fizikal dan kewangan..apa yang paling penting, SABAR dan berDOA la banyak2 kepada yang ESA..InsyaAllah..


* Langkah 9 * Pengesahan Dokumen Perjalanan Oleh Imigresen*

ok..lepas cancel permit- balik indonesia - masuk malaysia..next step...

so benda pertama kami buat bila dah balik Msia, dapat kan pengesahan dari pihak imigresen..

dokumen yang perlu dibawak;
a) surat dari jabatan agama
b) gambar berukuran passport - 2 keping perempuan + 2 keping lelaki
c) Salinan IC - untuk warganegara (aku punya la)
d) Salinan passport muka surat depan dan last chop - si dia punya
e) borang pengesahan - 2 salinan (amik kat kaunter imigresen bahagian penguatkuasa)

 Checklist document yang perlu di bawa
contoh surat dari Jabatan Agama


kebetulan lepas kami submit form tu, pegawai tu terus check record imigresen dan dapati time si dia masuk sini, ada chop kat passport tp takde data dalam database..huhu..

so kami ke terminal ferry stulang..jumpa pegawai imigresen dan amik record kemasukan..

patah balik ke pejabat imigresen, submit form tu...

next day, kena datang balik collect surat..(better tepon dulu untuk confirmation)

ok!..settle bab imigresen... Alhamdulillah..

p/s: alang-alang dah sampai sini, terus kami ke bahagian Visa (kalau kat JB, pergi ke tingkat 10, KDN, Setia Tropika)...tumpang tanya procedure untuk buat visa perkahwinan dan amik semua borang-borang yang berkenaaan..(prepare untuk process lepas kahwin nanti)

* Langkah 8 * Masuk semula ke Malaysia *

Ok, sambung balik cerita lepas cancel work permit...

Lepas cancel work permit, kami ada lebih kurang 6 hari lagi sebelum tarikh last visa valid..aku mintak si dia balik cepat ke Indon, sepaya dia boleh masuk cepat ke sini..maklum la, kad jemputan aku semua dh di edarkan (mana tak nebes giler)..

so akhirnya si dia keluar dari malaysia pada ari kamis, 03.04.14 dan masuk semula ke sini pada 05.04.14..mujur aku dah siapkan salinan semua dokumen kami...kalau ikutkan imigresen tak benarkan masuk..si dia siap di panggil masuk bilik mengadap boss kat imigresen tu, tunjukkan semua dokumen yang dikeluarkan dari jabatan agama dan dari kedutaan..

akhirnya, alhamdulillah..pegawai imigresen tu chop jugak akhirnya passport si dia and benarkan dia masuk..selepas budi bicara hampir setengah jam...

so, kami ada masa lebih kurang 30 hari je untuk selesaikan semua urusan...count down start!.

* Langkah 7 * Cancel work Permit *

So, almost semua dokument yang diperlukan kami sempat settlekan...
tinggal cancelkan permit..and ada a few steps yang perlu di buat bila si dia masuk semula ke sini..

so lagi seminggu sebelum work permit si dia ni nak expired, si dia dan akak sedara (sebagai penaja) ke imigresen untuk cancel kan permit...

apa yang nak kena bawak bila cancelkan permit?
a) penaja perlu datang sekali
b) bawak tiket untuk ke negara asal atas nama si dia, mcm dalam kes kami ni - kami beli tiket feri ke batam...masa kat kaunter tu cakap untuk cancel permit imigresen..nnt kaunter akan mintak passport..pihak ferry akan keluarkan open tiket, valid for 3 months. kat  tiket tu akan print kan nama si dia..
so korg photostate kan tiket ni, bwk sekali masa cancelkan permit.

lepas urusan kat imigresen tu, pihak imigresen akan bagi 1 surat yang si dia perlu bawa masa nak keluar dr malaysia nanti..perlu tunjukkan surat ni pada pegawai yang jaga kaunter chop passport.

macam dalam kes si dia ni, permit expired 08.04.14, tp si dia dah pergi ke imigresen pada 31.03.14..perlu pergi awal beberapa hari dari tarikh expired..menurut surat yang di keluarkan oleh imigresen, tarikh si dia perlu keluar dari Malaysia pada 05.04.14.

urusan nya mengambil masa setengah hari jugak la..

so, pack barang and kena balik...aku tak ikut dia balik ke sana, belum kawin, parent aku tak bagi ikut..huhu...

Tuesday, 11 March 2014

*Langkah 6 * Surat kebenaran dari kedutaan*

sambungan dari sini..

since officer kedutaan tu tak boleh nak tolong, maka aku pun  berbincang la dengan en tunang...aku memang kaki jalan ni volunteer je nak amik dokumen tu kat tanjung pinang..tapi si dia nie memang tak yakin, ye la kalo apa-apa berlaku kat aku, apa dia nak jawab ngan family aku kan...selepas berbincang dengan sepupu nya yang kat sana, last2 kami decided aku amik dokumen tu kat jetty batam, sepupunya tu pun ada travel dari tanjung pinang ke batam..kiranya meeting point kat batam jetty terminal, separuh jalan la tue..

ari sabtu lepas, aku pun ke batam naik ferry dari stulang..tambang nya RM125 untuk return tiket dan kat batam nanti kena port tax IRP115,000..aku sampai kat batam pukul 11pagi, amik dokumen, pas tu lunch sekejap kat sana terus balik sini..jam 5ptg dah sampai stulang..tadaa...cepat je kan..Alhamdulillah..terus aku photostate dokumen tu, get ready..


Ari selasa lepas (11 March 2014), en tunang bawak semua dokumen yang aku dah senarai kan kat entry sebelum ni....dah siap semua nya..tapi tetiba en tunang called, ada dokumen sangkut..borang nikah dari kadi (eNCR) tu sepatutnya aku lengkapkan..perlu siap dah ada saksi sign dan lampirkan photostate saksi..tapi aku punya belum buat..so ari tu jugak la en tunang merempit pegi dapatkan sign saksi dan photocopy IC..maka petang tu Alhamdulillah..siap jugak la surat kebenaran dari kedutaan...




Wednesday, 5 March 2014

*Langkah 5* Dokumen dari Indonesia*

minggu ni amat la berdebar bagi kami...sebab nya, pakcik si dia yang menguruskan segala dokomen kat sana bagi tau, ari isnin ni InsyaAllah boleh selesai semua..pagi-pagi aku dah call si dia reminder follow up dengan pakcik si dia tu..jangan sampai terlupa sudah laa..huhu..

tapi apa yang dirancang tak menjadi jugak..pak camat (ala-ala pegawai daerah kot, aku pun tak berapa sure) kena pergi ke jakarta pulak, belum balik lagi..huhu..so , di tunda lagi sehari..

hari selasa lebih kurang dekat waktu lunch, pak cik si dia called aku, "dah siap semua dokumen nya"..alhamdulillah...syukur..lega..betul-betul legaaa...kebetulan sepupu si dia ada yang tengah off day kerja, so sepupu dia datang ke johor petang tu jugak hantar kan dokument-dokumen tu semua..mujur la keluarga si dia pun kat area tanjung pinang je..2 jam perjalanan naik bot, dah boleh sampai jat JB..

dah sampai kat rumah keluarga si dia, baru kami bukak sampul surat tu..check semua dokumen, lengkap!..

ada N1, N2, N3, N4, Surat akuan bujang, surat kebenaran bernikah, surat KTP sementara, Kartu keluarga.

tapi bila dibelek satu persatu ada pulak warganegara pengantin perempuan di letak indonesia, kat surat kebenaran nikah pulak tuuuuueee....*facepalm*..alamakkkk..huhu..

 Surat kebenaran nikah dari KUA
Surat akuan bujang dari KUA

ari selasa, pagi-pagi aku dah ke kedai photostate semua dokumen tue...semua aku buat 3 copy..
sampai-sampai kat kedutaan terus isi borang dan tunjukkan surat yg silap tu kat kaunter ..baik bgtau awal-awal..jangan dah hantar nanti ada pulak yang tak di reject..kang susah pulak nak bila dah kesuntukan masa..:(

abeh merayu-rayu kat kaunter kedutaan tu, mintak dia tolong potong, sign dan chop kan kat tempat kesalahan tu, maklum la kan ISO certified..

lama jugak kami kat situ, pegawai tu jumpa officer dalam office lagi..last-last dia cakap tak boleh..kena balik semula ke KUA mintak di buat surat baru..adoooiii..habis merayu dah..alasan pihak kedutaan kesilapan tu pada warganegara, so sangat besar maknanya..huhu..

macam kena hentak kepala aku dengan batu besar..terus aku telefon pak cik si dia yang kat sana..bagi tau pasal kesilapan typo ni..petang tu jugak dia urus kan document tu..


kena tunggu surat baru siap pulak la...lebih kurang pukul 6 ptg, pak cik tu sms aku cakap surat dah siap, tp masalahnya sapa pulak dari sana yang boleh tolong hantar???...waaa...



Sunday, 23 February 2014

*Borang*

Masa pergi kursus pra perkahwinan ari tu, penceramah ada bagi tau amik form N1, N2, N3 and N4 dari jabatan agama Indonesia nanti.. ( KUA)

ni aku jumpa link yang tunjukkan contoh form tu.

Form N1 : Surat Keterangan Untuk Nikah
Form N2 : Surat Keterangan Asal Usul
Form N3 : Surat Persetujuan Mempelai
Form N4 : Surat Keterangan Tentang Orang Tua

So, sebelum pasangan nak pulang ke Indon untuk uruskan dokumen-dokumen ini,..jangan lupa sediakan photostate IC diri sendiri, bapa dan ibu kita..so, nanti bila kat sana senang urusan KUA nak isi dokument ni..


Thursday, 20 February 2014

*Pertanyaan*

Information dari UTUSAN

Soalan 

Sayamerancang untuk mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Pasangan saya adalah warga Pakistan yang telah tiga tahun menetap di Malaysia. Apakah prosedur yang perlu dilakukan untuk melangsungkan perkahwinan. Adakah pasangan saya perlu mengikuti kursus praperkahwinan?

Irma, Ampang

Jawapan


Perkahwinan di antara rakyat Malaysia dan warga asing atau di antara dua warga asing adalah boleh dan dibenarkan untuk dilakukan di Malaysia. Bagi perkahwinan di antara rakyat Malaysia dan warganegara asing, prosedur yang harus diikuti adalah berlainan daripada prosedur perkahwinan di antara sesama rakyat Malaysia.

Secara amnya apabila warga asing dan rakyat Malaysia ingin berkahwin, mereka wajib untuk memohon kebenaran berkahwin dari Jabatan Agama. Borang permohonan perkahwinan haruslah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut:

l Salinan pasport atau salinan kad pengenalan (lelaki dan perempuan);
l Surat kebenaran dari kedutaan negara pemohon (bagi kes saudari, Kedutaan Pakistan);
l Surat keterangan dari Jabatan Imigresen Malaysia;
l Surat Akuan Cerai atau Surat Akuan Kematian (jika pernah berkahwin atau kematian pasangan sebelumnya);
l Surat Kebenaran Poligami dari Mahkamah Syariah di Malaysia (jika berpoligami);
l Surat wakalah wali (bagi wanita); dan
l Salinan Sijil Kursus Perkahwinan.

Borang permohonan dan dokumen-dokumen ini haruslah dikemukakan kepada Penolong Pendaftar Nikah Kariah di mana saudari bermastautin. Ini adalah untuk mendapatkan kelulusan bernikah dari Pendaftar Nikah. Permohonan ini haruslah diserahkan dalam tempoh sebulan atau tidak kurang dari tujuh hari sebelum tarikh perkahwinan yang dirancang. Adalah dinasihatkan untuk melakukan persediaan awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Sekiranya bakal suami saudari adalah penduduk tetap negara ini atau pemegang Kad Pengenalan Merah, dokumen yang lain harus disertakan iaitu:

l Salinan Kad Pengenalan Merah dan permit masuk; dan
l Surat Pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Negara atau pengesahan permit masuk dari Jabatan Imigresen.

Kedua-dua situasi di atas adalah bagi warga asing yang mempunyai pas masuk secara sosial atau perniagaan. Situasi adalah berbeza bagi warga asing yang dibenarkan masuk ke negara ini melalui permit pekerjaan.

Perlu dimaklumkan bahawa warga asing yang memegang permit kerja adalah tidak dibenarkan memohon untuk berkahwin di negara ini. Sekiranya perkahwinan ini berlangsung dengan tidak mematuhi undang-undang, maka ia akan memberi implikasi kepada permit kerja yang telah diberi kepadanya.

Ini adalah berdasarkan kepada kontrak yang telah dipersetujui dan ditandatangani. Sekiranya warga asing tersebut mahu berkahwin dengan wanita tempatan, kontrak atau permit kerja pekerja asing tersebut di Malaysia adalah terbatal.

Kemudian warga asing tersebut perlu pulang ke negara asal untuk tempoh enam bulan (cooling period) dan sepanjang tempoh tersebut warga asing tersebut hanya diberikan pas sementara (pas lawatan) yang tidak akan dilanjutkan.

Selepas tempoh enam bulan tersebut barulah warga asing tersebut boleh mendaftar di imigresen untuk mendaftar sebagai suami kepada warganegara.

Untuk pengetahuan saudari, satu pekeliling telah dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen di mana suami/isteri kepada warganegara Malaysia yang telah diberikan/layak diberikan Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang berdasarkan syarat-syarat dan peraturan-peraturan semasa yang sedang berkuatkuasa adalah dibenarkan untuk bekerja (melakukan pekerjaan berbayar), berniaga dan pekerjaan profesional tanpa perlu menukar status Pas Lawatan Sosial mereka kepada pas kerja yang berkaitan (Pas Penggajian / Pas Lawatan Kerja Sementara).

Berkenaan dengan kursus pra perkahwinan, warga asing tidak diwajibkan mengikutinya. Walau bagaimanapun jika kursus pra perkahwinan diadakan dalam bahasa yang boleh difahami oleh bakal suami saudari, digalakkan untuk menyertainya.

Diharap penjelasan ini dapat membantu saudari, jika terdapat sebarang kemusykilan boleh menghubungi pihak kami atau layari laman web Sisters di www.sistersinislam.org.my

Wednesday, 19 February 2014

*urusan di Indonesia*

Hari ni si dia pagi-pagi dah naik ferry kat Stulang untuk ke Tanjung Pinang..

Kali ni mintak tolong saudara-mara si dia kat sana untuk uruskan application KPT dan Kartu Keluarga (KK) kat sana..

Bila dah dapat KPT ngan KK baru la boleh ke Jabatan Ugama (KUA) untuk dapat kan borang-borang lain..N1, N2, N3 and N4..

Agak berdebar jugak la, sebab ini percubaan ke-2 si dia ke sana untuk settlekan urusan documentation..sebab masa 1st time ke sana, dia kan lansung takde KPT or KK..so segala rekod kewarganegaraan si dia tu lansung tak ada...tu yang complicated tue..kena bawak surat beranak parents la, kena bawak surat kahwin parents la..banyak supporting document kena bawak rupanya untuk dapatkan KPT and KK nie...hari tu pergi tak bawak semua supporting document tu..

kalau dah ada KPT and KK, sehari je insyaAllah urusan nya sempat siap..

Oh ya, semalam pak cik si dia yang tolong uruskan document kami ni, mintak gambar-gambar pasport bersaiz seperti berikut,
2x3 = 6 keping (saiz kecik je ni, cam ala2 untuk visa)
3x4 = 4 keping (saiz kecik sikit je dari gambar passport)
4x6 = 2 keping (saiz gambar passport biasa)

so semalam aku kerja half day, settlekan hal gambar-gambar ni...1 set je, untuk si dia..may be untuk buat KPT ngan KK..



Hope everything goes well..InsyaAllah..

pic : cilok dari Google..>.<

Tuesday, 18 February 2014

*Langkah ke 4 * Surat pengakuan bujang*

Sementara dok pening-pening ngan urusan si dia, aku masuk opis je, terus bukak website HR..

apa lagi, terus apply surat pengakuan bujang...sib baik la online system jew...haa, senang kaaannn..


dalam system kata perlu tunggu 3 working days, nanti akan di hantar terus ke umah...yeaahhh...

Bismillah..moga-moga segala urusan berjalan dengan lancar...

korang boleh tengok contoh-contoh surat pengakuan bujang kat link-link berikut..
 http://belogputri.blogspot.sg/2012/08/contoh-surat-akuan-bujang.html
http://duwan06.webs.com/SURAT%20AKUAN%20BUJANG.pdf
http://dia-honey.blogspot.sg/2011/09/contoh-surat-akuan-bujang-dari-majikan.html


apa yang penting, majikan yang approvekan kita punya surat ni mestilah muslim..

Penting tau tentang majikan muslim, sebab aku terpaksa hantar email kepada HR manager, mintak dia re-issue kan balik surat tu, clerk yang sign surat aku tu amoi pulak..

nasib baik la buat awal-awal ni, kalo ada masalah, ada masa lagi nak buat pembetulan kaann..






*Langkah 3 * Jabatan Agama*

Alhamdulillah, sampai je kat jabatan agama tu tak ramai orang..terus je kami ke kaunter 2..baru je nak mintak akak kaunter tu terangkan tentang prosedur, terus dia tanya, "dah ada surat untuk bawak ke imigresen?"..

Aku pun jawab, "eh, belum ada lagi..tak de amik apa-apa surat lagi pun"..

Akak tu pun mintak ic dari aku dan passport dr si dia..terus dia buat surat..

Bila surat dh siap, di stapler kan dan serahkan kepada aku..

"bawak surat ni pegi imigresen"
 
 

Monday, 17 February 2014

*misi mencari maklumat*

Sambungan dari sini..

Balik je dari kedutaan tadi, memang serabut betul kepala otak aku nie..huhu..terus rasa tension...

Malam tu, aku google segala information...

bapa aku pun dah start tanya macam-macam..kalau nak serius ngan si dia, make sure segala prosedur follow betul-betul..jangan sampai ada masalah, nanti bila dah ada anak, susah nak register pulak..follow rules..no shortcut..T.T..

Esok pagi-pagi aku terus call jabatan agama..07-2282940

Mintak sambungkan ke bahagian perkahwinan dengan warga negara asing..

aku tanya satu persatu..yang menjadi kerumitan sekarang ni, si dia gunakan permit kerja kat sini...(boleh rujuk balik entry aku pasal pengenalan dan latar belakang si dia)..

dah tanya macam-macam segala prosedur, then call imigresen pulak..07-2338555..

boleh tumpang tanya pasal prosedur kat imigresen untuk visa perkahwinan..

bila dah bercakap dengan kedua-dua jabatan ni, baru aku boleh gambarkan proses keseluruhan pasal procedur ni, takde la complicated mana, cuma perlu paham kan betul-betul dan sangat memerlukan pengorbanan masa untuk settlekan semua urusan nie..

si dia ada jugak bertanya kan kat kawan-kawan dia yang berkahwin dengan orang local malaysia nie, rupanya ada agent yang tolong settle kan hal-hal ni, tapi nak kena standby RM7000...
mana nak cekauuuuuuu???

kena usahakan sendiri la nampak nyaaaa....