Ini kali ke 3 kami nak renew visa..saya tengok format borang nya ada lain sikit..ini checksheet yang diberikan pihak imigresen..
Pihak imigresen akan kasi borang IM 12..isi borang ni..
Untuk ruangan pemohon dan maklumat passport tu untuk information
suami/isteri yang bukan warganegara..kemudian tampal gambar yang suami/isteri
yang bukan warganegara
untuk ruang penganjur tu ada lah yang suami/isteri yang warganegara..
Dan juga borang akuan sumpah..bila dah di isi borang ni, lekat kan gambar suami & isteri..kemudian ke pejabat akuan sumpah untuk di chop..bayaran yang saya kena RM4 - RM8 (bergantung pd pegawai tu)
ada juga lagi 4 helai borang yang perlu di isi..tapi saya terlupa nk amik
gambar,..nanti kalau saya ada borang nya lagi, saya letakkan di sini untuk rujukan
pihak tuan ya..
Contoh surat tawaran bekerja dari pihak majikan ada di komen link
ini
contoh surat rasmi pemohon untuk dari suami/isteri yang warganegara kepada
pihak imigresen..
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nama
suami/isteri yang warganegara
Alamat
______________________________________________________________________
Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor
Darul Takzim,
Kompleks Kementerian Dalam Negeri,
Jalan Setia Tropika,
Taman Setia Tropika, Kempas
81200 Johor Bahru
PERMOHONAN
BEKERJA DI MALAYSIA
Saya seperti nama dia atas merupakan isteri
kepada ......(nama suami)...... ingin memohon kebenaran pihak tuan untuk
membenarkan suami saya bekerja di Malaysia.
2.
Perkara ini amat penting bagi pihak kami kerana beliau perlu menjalankan
tanggungjawab untuk menyara hidup kami di samping mengukuhkan ekonomi keluarga
untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.
3.
Pertimbangan daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan
ribuan terima kasih.
Sekian.
Tandatangan
Tandatangan
(Nama pasangan yang
warganegara)
(Nama pasangan yang bukan warganegara )
Isteri
Suami
no IC
No
passport
Bila semua dokumen dah lengkap boleh hantarar borang dan buat
bayaran...simpan resit dengan cermat..jangan hilangkan...
Ini contoh visa bekerja untuk pasangan suami/
isteri..
Good Luck
Tq very much. Banyak.membantu
ReplyDeleteMoga urusan cik di permudahkan..
ReplyDeleteSis nk tnya, andaikata suami nk tukar company dri tmpt Dia kerja skrg, borang apa je yg diperlukan oleh imigresen? Tq
ReplyDeleteSaya x pernah pula uruskan pemindahan tempat kerja..
ReplyDeleteSekiranya perlu buat seperti permohonan baru;
1) SSM / pendaftaran syarikat
2) Surat perlantikan pekerja dari majikan
3) Lesen perniagaan dari majlis perbandaran
4) Surat kebenaran bekerja dari suami kepada jabatn imigresen
Klau tlg suami meniaga pon kne isi borang kebenaran jgk ke sis?
DeletePermohonan kerja ni ambil masa berapa lama ye
ReplyDeletesama dengan waktu renew visa. .
Deletedapat visa suami akan dapat skali visa kerja
fee rm bp untuk renew visa dan buat kebenaran bekerja tu?
ReplyDeleterenew visa RM105 setahun..kebenaran bekerja percuma.
DeleteSaya nak confirmkan, betulkan untuk permohonan bekerja itu percuma?
DeleteBetul ya, permohonan untuk suami/isteri bekerja percuma?
DeleteVisa ada 2 puan
Delete1) visa suami isteri - permohonan baru kena stand by RM1500, bila renew nanti RM105/year
2) visa bekerja - percuma sekiranya ada visa suami/isteri
Surat ape jer yg perlu di bawak unk nk sambung visa bekerja unk.pasangan drpada wargangra ya sis
ReplyDeleteHerlan..u dah settle ke spouse visa n visa kerja tu..mgkn blh share dgn sy 0133448220
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMcam mne caranya nak buat surat rayuan visa di putrajaya??Sebb buat kat imegreen negeri di tolak alasan istri kena duduk indo 6 bln baru blh buat visa ikut suami..
ReplyDeleteMaaf ye en..nk tya en buat kat imigresen mne yg ditolak tu n knp isteri kna duk indo 6 bln x brp jelas penjelasan en..encik dah nikah lbh 6 bln ke?
Deletemungkin sekarang dh lain kot..sbb kwn sy pn ade yg dh 6bln xdpt visa lg..sdgkan sy wat 10 tahun lalu.2 bln dpt visa.
DeleteYg tu nk buat jaminan ke... .
DeleteTq very much.
ReplyDeleteKalau dftr SSM bawah istri warganegara,boleh ke suami buat kbenaran bkrja ikut SSM istri
ReplyDeleteboleh..sama macam saya buat ni laa..
Deletea) buat SSM nama isteri
b) isteri buat surat tawaran bekerja kepada suami
c) Suami buat surat permohonan bekerja kepada Pengarah Imigresen
d) Isteri apply lesen niaga dari Majlis Perbandaran (sekiranya perlu)
e) lampirkan IC isteri sebagai bos (majikan)
Berape bayaran untuk buat pas visa pekerja suami yaa?
ReplyDeletesaya pernah buat utk isteri xde bayaran.
DeleteNak contoh Surat irigin Dari majikan untuk diberi kepasa immigration.. Pls help
ReplyDeletesorry..saya tak faham apakah "surat iringan"..
DeleteThis comment has been removed by the author.
Deletesurat tawaran/penerimaan kerja dari majikan,yg menyatakan pemohon diterima kerja disyarikat tersebut.
ReplyDeleteini contoh surat saya...
Delete(letter head company..pandai2 la design sendiri
_____________________________________________________________________________
Kepada,
Nama suami
alamat
Tarikh : _____________
TAWARAN PEKERJAAN
Sukacita dimaklumkan bahawa kami menawarkan anda (Nama suami) bekerja di syarikat kami sebagai pengurus kedai (letak jawatan apa). Anda dibenarkan melaporkan diri pada bila-bila masa sepanjang tempoh sebulan daripada tarikh surat ini dikeluarkan.
2. Sepanjang berkhidmat di syarikat kami, anda dikehendari berkelakuan baik dan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan pihak syarikat.
3. Sebagai sebuah syarikat menyediakan makanan muslim, kami akan bertanggungjawab ke atas kelakuan kesemua pekerja kami, dan tindakan tegas akan diambil terhadap pekerja yang engkar.
Sekian. Terima kasih.
Tandatangan
(nama owner company SSM)
Chop nama company dan alamat seperti dlm SSM (pastikan chop biru)
ada tak link untuk dapatkan nombor giliran melalui online untuk renew visa isteri
ReplyDeletesaya tak tau sekiranya ada online number booking
DeleteKalau bakal suami datang dengan visit visa, boleh ke saya pergi ke imegresen utk sambung visa?
ReplyDeletedah nikah, ada surat nikah sementara baru boleh apply visa lanjutan
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteSebab surat nikah lambat siap, sementara tu social visit visa dah nak habis... boleh ke Sy bawak surat nikah sementara untuk apply spouse visa untuk Suami sy... terima kasih
Deleteye...
Maaf nak tanya,berapakah bayaran untuk apply visa bekerja untuk suami kepada warganegara malaysia??
ReplyDeletepercuma
Deletenak tanya berapa ea byar nk apply visa bekrja suami saya orang malaysia
ReplyDeleteVisa pekerja percuma.
Deleteini permohonan di negeri mana ya? sama saja seluruh malaysia?
ReplyDeleteurusan saya di Johor Bahru..maaf saya tak tau kalau berurusan di tempat lain..
DeleteAssalam saudari, saya nak tanya suami Saya warga asing buka perniagaan sdn bhd..mcm Mana nak buat offer letter kerja?adakah imigeresen terima Kalau dia sendiri director dalam company.dia baru buka tahun ni.hujung tahun ni saya nak renew pas dia.
ReplyDeletesekiranya suami sendiri dah ada company sdn bhd, maaf saya tak tau..
DeleteHow to contact you puan hatiku kelabu ..
ReplyDeleteyou may email me at matahatikelabu@gmail.com
ReplyDeleteHatiku kelabu kalau permit bekerja dibatalkan mcm mana ye
ReplyDeletemaaf kurang jelas soalan nya..
Deletesoalan cik, macam mana nk batalkan permit kerja, atau
permit kerja dah batal, jadi bagaimana nk uruskan perkahwinan?
assalamualaikum.. masa dekat emegresen nak bt visa keja.. isteri dgn majikan perlu hadir jgk ka ?...
ReplyDeleteassalamualaikum,nak tanya istri pakai visa ikut suami.nak kerje kedai biase je macam mane
ReplyDeleteOwner kedai(majikan)perlu buatkan permit kerja untuk isteri encik.Perlu sediakan semua dokumen yang berkaitan.
ReplyDeleteChecklist boleh apply dengan JIM.Dah prepare semua dokumen,majikan,isteri dan encik perlu hadir bersama ke JIM utk apply.Ini berdasarkan pengalaman saya menguruskan sendiri 2 pekerja saya dimana isteri/suami mereka warganegara Malaysia
assalamualaikum,nak tanya istri pakai visa ikut suami.nak kerje kedai biase je macam mane
ReplyDeletewaalaikumussalam,
DeleteMIntak tolong majikan tempat kerja sediakan document ini;
boleh..sama macam saya buat ni laa..
a) SSM dari majikan
b) majikan buat surat tawaran bekerja kepada isteri
c) isteri buat surat permohonan bekerja kepada Pengarah Imigresen
d) majikan apply lesen niaga dari Majlis Perbandaran (sekiranya perlu)
e) lampirkan IC majikan
assalamualaikum,nak tanya istri pakai visa ikut suami.macam nak buat surat kebenaran daripada suami
ReplyDeletemaaf soalan tak jelas..surat kebenaran daripada suami kepada siapa?
Deletekalau ikut senarai doc yg saaya beri, isteri (yg bukan warganegara) perlu buat surat kpd pengarah imigresen utk kebenaran bekerja..ada contoh surat kat komen.
Salam.. Saya nak tanya.. Kalau kita dapat 1 tahun visa dengan multiple entry.. Kita boleh stay sini lebih dari 30 hari ke? Sebab saya baca dekat website visa multiple entry tu tempoh visa 1 tahun dengan kemasukan utk 30 hari.. Macam mana tu? Boleh atau tidak stay lebih dari 30 hari? Atau ada tempoh tertentu?
ReplyDeleteapabila encik dapat visa untuk 1 tahun (multiple entry), maksudnya visa tu boleh diguna untuk tinggal di sini selama 1 tahun, dalam tempoh 1 tahun itu, boleh keluar dan masuk indonesia/malaysia tanpa masalah. sebelum tamat tempoh 1 tahun ( ada di tulis tarikh expired di visa) perlu di renew visa tersebut.
DeleteSalam..maaf kalau soalan lari sedikit ..Visa multiple entry tu boleh digunakan utk memasuki/melancong ke negara lain? Atau perlu berurusan di konsulat indonesia (jika menetap di malaysia ) utk memohon visa negara yang ingin dilawat ?
Deletekalau ada visa multiple entry, boleh keluar masuk byk kali ke mana pun tanpa ada masalah..kami suami isteri dah pernah melancong ke negara lain, even buat umrah tanpa masalah...dengan syarat passport valid 6 bulan sblm keluar negara (this is general rules) dan visa masih valid.
DeleteSalam sis mcm mna mohon visa multiple
ReplyDeletevisa suami isteri mmg dapat multiple entry..so far saya tak pernah dengar lagi ada yg dpt single entry.
DeleteSalam bole saya nak tahu kalau selepas pasangan bukan warganegara kite telah didaftarkn permit ikut suami status die untuk memohon kerja tu mcmne kak warganegara atau bukan ye saya peningla
ReplyDeletewalau dia dh dpt visa..even dia dah dpt IC merah skali pun dia tetap bukan warganegara malaysia..
ReplyDeleteyg jadi kan dia warganegara malaysia, dia dpt valid IC biru yg dikeluarkan oleh JPN.
so in ur case, bila isi borang
suami - bukan warganegara
isteri - warganegara
asal nk uruskan bab kawin dengan org bukan warganegara ni mmg dah pening pn, tu sendiri cari pasal..wahaha..jgn pening2, hadap je laaa..hihi
^_^
Salam tuan..sy pemegang visa ikut istri...nak tanya..kalo nak sambung pas kerja yg tamat tempoh dokumen apa je yg perlu d sediakan ye?
DeleteImigresen memang akan membuat lawatan ke rumah kita dulu ke untuk dapat visa satu tahun?
ReplyDeletesaya tak pernah kena pula dulu,,saya tak tau kalau ada perubahan baru
DeleteSalam tuan...sy pemegang visa ikut istri...utk sambung pas kerja yg dah tamat tempoh...dokumen apa je yg d perlukan?
ReplyDelete1) surat tawaran bekerja oleh majikan
Delete2) surat permohonan bekeja oleh pemohon (bukan warganegara) kepada pengarah imigresen..contoh ada di dlm blog ni..bahagian visa kerja
3) salinan SSM
4) lesen perniagaan oleh pihak majlis perbandaran
Assalamualaikum,, Borang kenyataan penaja tu apa.. ada contoh tak
ReplyDeleteada disediakan borang di imigresen, isi borang yg disediakan je.
DeleteJika saya tidak bekerja,masih dalam mencari kerja..dan sy tiada slip gaji terbaru..untuk jadi penaja visa suami sy,macam mana sy nak buat ye?
Deletemasa saya buat tak perlu payslip.
Deletecuba puan bwk salinan yang lama dulu..
Salam.. Sye nk tanye, suami sye sudah ade visa multiple entry.. Sekarang kalau nak mohon kebenaran bekerja di malaysia macam mana yek.. Dan ape yang di perlukan.. Dan berapa kosnye..
ReplyDeletedokument dah di jelaskan di atas ni ye puan..sila baca dengan teliti,
Deletekalau ada valid visa suami isteri, visa bekerja FREE
apa syarat"nak sambung visa ikut suami jikalao suami tak ada di Malaysia unt sekarang ni
ReplyDeletedia perlu hadir sama2 di jabatan imigresen semasa apply permohonan.
DeleteHati kelabu nak tanye.dalam 1 tahun kenebayar bpe.untuk visa keje.
ReplyDeletemaaf ye tumpang tanya ye kalau isteri bukan negara dah apply kebenaran berkerja untuk kali kedua adakah syarat sama mcm mula2?
ReplyDeleteya sama encik, procedure nya.
DeleteAssalamualaikum.. Maaf nak tnya suami sy kena senarai hitam 5 tahun. Skrg dah habis 2 tahun lebih. Kalau sy buat prmohonan kemudahan imigresen. Bolehkah pihak imigresen benarkan suami saya masuk ke malaysia. Sy blom daftarkan prkahwinan d malaysia..
ReplyDeletemaaf saya tak tau untuk yang kena senarai hitam.
DeleteBoleh bagitau sy caranya.. Harap sgt dapat membantu sy..
ReplyDeleteThanks for sharing this!
ReplyDeleteAssalamualikum....kalau mahu sambung awal dari tarik luput boleh ke...?.Contoh pasport suami warga asing tamat bulan 9 dan dia perlu keluar negara utk lawatan.Apa yg perlu di sediakan ?
ReplyDeleteNegara pula bukan negara asal suami negara lain
ReplyDelete