Wednesday, 31 May 2017

**Lesen Memandu untuk Bukan Warganegara**

Sorry aku lama tak update blog ni...(sebenarnya aku lupa email address sendiri)..kikiki

Tak sangka ramai pulak bertanya macam-macam soalan..saya jawab satu persatu..sorry for delay..

okay..nak update sikit pasal hal lesen memandu..

Untuk yang bukan warganegara, boleh buat lesen memandu yang sah, asalkan mempunyai visa yang masih valid (maknanya belum tamat tempoh)..

Procedure nya sama je macam warganegara, kena hadir kelas undang-undang, then amik periksa berkomputer, then exam practical..

Dari segi bayaran yuran pun sama harganya..

Hari tu suami aku pegi nak buat lesen..awal2 ada staff kedai lesen tu mintak bayaran lebih supaya boleh skip periksa komputer...kalau murah tak pe jugak.. ni mintak skip exam je sampai RM600..pas tu, dah bayar RM600 tu (sebab suami aku sibuk tak sempat nak study buku tu)..tau2 mangkuk hayun tu boleh hilang pulak kan..

bila mamat tu dah di call tak angkat2, suami aku pun pegi la driving school tu..tanya2 mamat tu dah tak hadir kelas dah pun..bayaran yang suami aku bayar pun tak di bayar kan kat driving school tu..hadooii..

Maka study la laki aku tapi bila pegi amik lesen failed..sampai dah expired pulak lesen L, kelas 2 hari yang dia dah attended pun kira burn la..

Kena bayar dan pegi lagi sekali kelas tu..pas tu hari-hari aku teman dia study sebab dia tak biasa dengan pilihan jawapan dan jugak baca pun tak berapa lancar..

aku siap download kan apps periksa komputer kat henpon so hari-hari sebelum tido dia akan buat soalan kat tepon tu sampai la terlelap..

Akhirnya exam kali ke-6, baru la dia passed dengan cemerlang nya periksa komputer tu..dia punya bangga tak payah cerita laa..kembang je hidung seminggu..haha..=8)

Pas tu exam practical dengan pegawai JPJ alhamdulillah takde masalah..
Maka sekarang ni dah ada lesen P..

boleh la aku pegi jejalan duduk kat seat co-pilot jejauh..dah sampai ke Langkawi  dah pun..wooohooo..

Bulan lepas anneversary kami ke 3 tahun..kejap je masa berlalu..


doa-doakan ye kawan- kawan..moga2 di bukakan rezeki zuriat yang soleh dan bijak..Amin..
 


29 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. salam. nak tanya. kalau visa kurang 3 bulan lagi nak tamat tempoh, masih boleh buat test JPJ x?

    sekolah memandu tempat wife sy tgh dok buat lesen sekarang ni, dia cakap kalau nak test jpj, visa kena valid more than 3 month.

    betoi ka?

    risau takdan nak habiskan latihan praktikal sebab visa wife expired hujung bulan 10.

    ReplyDelete
    Replies
    1. my personal advice, sekiranya lesen L masih cukup tempoh..skang ni amik test computer dan juga kelas bejar driving..nnt bila bln 10, lps renew visa baru amik test driving.

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Salam bro .nak tanye sikit pasal nak buat lesen ner.klo permit keje boleh x bro.bukan visa.tq.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum sis sy nk tnya kalau warga asing boleh menggunakan lesan yang di miliki untuk bekrja

    ReplyDelete
    Replies
    1. lesen memandu boleh digunakan seperti biasa. tapi sekiranya bekerja memerlukan lesen tertentu seperti GDL, encik perlu memohon lesen GDL dr JPJ.
      entry blog saya untuk lesen memandu suami saya class D.

      Delete
  6. Salam..klo mykas bole x amik lesen???

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak jumpa sebarang maklumat di beberapa laman web. cik boleh rujuk ke JPJ terdekat.

      Delete
    2. Sy ade lesen Indonesia. Boleh kh amik lesen Malaysia??

      Delete
    3. perlu ada visa yang sah sekurang-kurangnya 6 bulan.

      Delete
  7. Assalamualaikum,nak tanya tuan, renew licence B2,D utk warga asing pertahun Rm60 ya, td sy renew staff sana cakap 60, sejak bila naik erk tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf saya bukan kerja JPJ sis..sya pun tak tau sejak bila naik atau ada apa2 perubahan..

      kalau ikut webpage,
      Bayaran RM20.00/tahun bagi kelas B2 B & C (Kelas A/A1 RM2.00). Bayaran RM30.00/tahun bagi kelas D & ke atas. (Warganegara)
      Bayaran RM120.00 untuk semua kelas B2, B, C, D, DA, F, G, H, I (Bukan Warganegara)
      https://www.jpj.gov.my/web/main-site/pemandu/-/knowledge_base/pemandu/pembaharuan-lesen-memandu-kompeten-cdl-


      Masa suami saya renew awal tahun, dia dicharge RM30/yr

      Delete
    2. Rm 60 murah lah tu, sy renew rm100 istri kepada warga negara

      Delete
    3. Rm 60 murah lah tu, sy renew rm100 istri kepada warga negara

      Delete
  8. Salam...tuan. Berapa bayaran lesen memandu tuk warga asing?

    ReplyDelete
  9. Salam...tuan. Berapa bayaran lesen memandu tuk warga asing?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf sis
      soalan nya ni, bayaran untuk kelas memandu atau bayaran lesen kat JPJ?

      a) kalau kelas memandu sama macam warganegara..
      b) kalau harga lesen boleh rujuk laman web JPJ

      Delete
  10. Salam...sy nk tanya betul ke kalau visa ikut isteri x bole buat lesen..?? Td g cuba tanya kat agen kelas memandu pastu dia kate byran lebih dr warganegara tu pon syarat suami kena ada permit bekerja kalau hanya visa ikut isteri xbole mohon katanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya cadangakn puan ke kelas memandu lain je..selalunya org ambik kesempatan

      Delete
  11. so far suami xde masalah..kami berurusan di kelas memandu bunga raya..cuma masa mula2 register, visa valid 6 bulan.

    ReplyDelete
  12. Klo visa dan pasport di tahan kompeny keje bulih ka buat lesen dengan copy punya visa

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cuba tanya kepada kelas memandu..

      Delete
    2. Biasanya berurusan dengan kerajaan kena bawak yg Original

      Delete
  13. Hello .. saya orang Indonesia, istri orang sabah, tapi belum warganegara lagi ... So kalau saya mau ambil lesen vokasional utntuk saya, layak kah?
    Thx

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh sekiranya, encik ada visa suami isteri / pemegang kad PR (IC merah)

      selain dari itu, saya tak tau.

      Delete