Tuesday, 10 December 2013

*Langkah 1 *Kursus Pra Perkahwinan*

so mula-mula pas tau pasal kena amik kursus pra perkahwinan ni, aku terus google segala info yang ada..aku terus booking kan seat untuk kami berdua..kalau pergi sama-sama sessi nie, mudah sikit..kalau ada info yang aku kurang jelas mungkin senang nak synchronize kan..

sepanjang kursus 2 hari tue, ada beberapa topic yang akan dibincangkan ada dalam silibus kursus nie..tapi apa-apa pun, bab prosedure perkahwinan, aku betul-betul berikan tumpuan..

*untuk kursus pra perkahwinan, jangan lupa bawak sekeping gambar passport dengan salinan kad pengenalan..nanti gambar tu akan di tampal kat sijil..(standby jek la sbb ada sesetengah tempat tak tampal pun gambar kat sijil)

untuk perkahwinan dengan warga asing dan akan bernikah ni Malaysia..document yang korang perlu sediakan ialah;

  1. Lengkapkan dulu butiran diri dalam borang e-NCR (www.encr.johor.gov.my)..pas tu cetak semua form kat dalam tu..buat la at least 2 salinan
  2. Hadir sendiri bagi menyerahkan borang dan dokumen ke pejabat kadi/ agama tempat pemohon bermastautin..(kedua-dua bakal pengantin kena datang sendiri kat pejabat kadi waktu hantar borang yang dah lengkap)

lampirkan sekali supporting document berikut;

Untuk warganegara

  1. Kad Pengenalan dan salinan *yang ni dah standby 5 copies*
  2. Salinan kad pengenalan 2 orang saksi lelaki (saksi untuk borang jek ni, bukan saksi yang hadir waktu akad nikah
  3. Sijil kursus pra perkahwinan dan salinan
  4. Pengesahan pemeriksaan HIV (borang perlu diambil dr Pejabat Kadi). Boleh dibuat di klinik kesihatan kerajaan sahaja, bayaran RM5
  5. Surat pengesahan status pemohon dari majikan (mestilah islam) atau ketua kampung atau penghulu atau akuan bersumpah dari suruhanjaya sumpah *surat akuan bujang*
  6. Pengesahan bermastautin dari ketua kampung atau penghulu (sekiranya alamat tempat tinggal kini berlainan dengan alamat dalam kad pengenalan) *sib baik tinggal kat umah yg sama dari kecik*
  7. Salinan kad pengenalan wali (untuk pengantin perempuan)
  8. Sijil nikah ibu bapa dan salinan (untuk pengantin perempuan)
  9. Sijil kematian bapa (sekiranya wali selain bapa) *daddy i masih ada, Alhamdulillah*
  10. Sijil cerai/kematian & sijil nikah serta salinan (sekiranya duda/janda) *tak berkenaan,*
  11. Surat akuan memeluk islam (sekiranya muallaf) *Tak berkenaan*
  12. Akuan bersumpah belum berkahwin / perintah pembubaran perkahwinan dari mahkamah (muallaf) *tak berkenaan jugak*
  13. Kebenaran mahkamah (poligami/wali hakim/janda berhias/bawah umur) *cukup umur dah*
  14. Kebenaran khas majikan (untuk polis/tentera) *Tak cukuup tinggi nk jadi askar*
  15. Kebenaran khas istana (untuk kerabat) *tak perlu nk berangan jadi kerabat sgtttt...


Untuk warganegara asing nikah di malaysia

  1. Passport dan kad pengenalan diri serta salinan
  2. Pas lawatan yang masih sah laku (working permit perlu dibatalkan sebelum boleh bernikah)
  3. Surat kebenaran berkahwin dari pihak berkuasa agama negara asal
  4. Dokumen keterangan wali (sekiranya perempuan) *si dia tak perlu ni*
  5. Sijil kursus pra-perkahwinan dan salinan
  6. Pengesahan laporan kesihatan (HIV) -Boleh dibuat di klinik kesihatan kerajaan sahaja, untuk warganegara asing bayaran RM15
  7. Pengesahan dokumen perjalanan oleh imigresen (surat ambil dari pejabat kadi (kecuali Spore dan Brunei), [untuk daerah Johor Bahru, amik surat ni dari kaunter 3, Tingkat 2, Blok B, Pejabat kadi]
  8. Kebenaran kedutaan /konsulat jeneral/konsul (kecuali Spore dan Brunei)
  9. Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pendaftar Nikah, cerai dan Rujuk (Kadi Besar / Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Syarak) [untuk daerah JB, jumpa Kadi Besar di Tingkat 2, Blok A, Pejabat Kadi]

So dalam list pihak lelaki, si dia perlu ke Indonesia untuk buat kad pengenalan diri dan amik borang item 3. Walaupun si dia tu tak pernah pergi ke Indonesia pun, dia dah start kena mintak tolong kenalan untuk membantu..

working permit pun perlu di batalkan dulu..hurm, yang ni agak rumit, sebab sebaik sahaja permit tu dibatalkan berapa lama tempoh yang diberikan oleh pihak berkuasa yg membolehkan si dia stay kat sini?.lagi pun, kalau permit dibatalkan nanti wang cagaran yang di bayar dulu, macam mana pulak tu..??..adakah akan dibayar??

so, kami kena cari banyak info dulu sebelum boleh batalkan permit tu..

*sebaik nya semua form dan supporting document ni di buat dalam sekurang-kurangnya 3 salinan

10 comments:

  1. Salam, blog awak ni sangat membantu. Banyak juga prosedur yang perlu dilalui untuk mengahwini warga asing. Boleh tak saya tanya, bila perlu permit kerja dibatalkan? sebelum dapatkan surat kebenaran berkahwin dari pihak berkuasa agama negara asal atau sebelum dapatkan pengesahan dokumen perjalanan oleh imigresen? saya pun insyallah bakal mengahwini lelaki dari luar Malaysia. Harap awak dapat membantu. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. untuk contoh seperti suami saya (alhamdulillah kami dah di ijabkabulkan).saya pilih tarikh pernikahan dalam tempoh sebulan selepas visa pekerja tamat.
    procedur nya bagini;
    a) si dia perlu balik ke sana dan dpat kan semua dokumen yang diperlukan (jgn cancel kan work permit dulu, nnt susah nak masuk msia balik)
    N1,N2,N3, N4, surat pengakuan bujang (sekiranya bujang) dan surat kebenaran dari KUA
    b) balik malaysia
    c) uruskan semua hal kedutaan kat malaysia, sampai dpat surat kebenaran bernikah dari kedutaan
    d) cancelkan visa di imigresen
    e) masuk semula ke malaysia (seperti suami saya dia stay kat sana 3 hari je, tp bawak semua surat2 daripd kedutaan dan KUA), nnt kat imigresen nak msk malaysia, pegawai nak tgk surat2 tu- atas budi bicara- baru dorg bagi masuk..bila imigresen bagi masuk, dia akan chop kat passport visa lawatan sosial utk 30 hari..
    f) dalam tempoh 30 hari ni, korg perlu ke imigresen dan isi borang dan dapat kan kelulusan dari kedutaan,kalau kat JB ni, next day baru siap surat dari imigresen tu,
    g) bawak semua dokumen2 tu (buat salinan at least 2 copies), ke jabatan agama bahagian undang2..nnt pihak jab agama bahagian undang2 akan keluarkan surat.
    h) bawak semua surat2 tu ke jab agama bahagian daftar perkahwinan..kalau xde masalah, nnt dapat kelulusan

    Note
    - step f, g dan h - perlu siapkan dlam tempoh 30 hari - dlm masa pas lawatan sosial tu still valid.
    - sekiranya nak buat majlis akad nikah tu tak sempat dlm tempoh 30 hari, balik sana dulu (stay for at least 3 hari), then masuk semula sini dn dpt kan 1 lagi chop visa lawatan social 30 hari.then baru buat majlis.

    good luck.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kene keluar malaysia at least 3 ari ke? Kalau arini klua esk masuk xbleh ea?

      Delete
  3. aturan diatas tu, adalah contoh kami...nasib baik nya suami saya tu ada keluarga di BATAM je...jadi dekat, boleh berulang alik ke sana dengan senang..
    may be bagi pihak saudari, bakal suami org jauh..mungkin perlu diolah flow ni supaya dapat kurangkan kos..

    Ada pasangan yang saya jumpa di imigresen, mereka guna flow lain;
    amik kursus kahwin- cancel dulu work permit - balik indon dan selesaikan kesemua urusan document di sana - masuk malaysia guna pas lawatan sosial 30 hari - buat test HIV - urusan imigresen - kedutaan dan jabatan agama..selesai semua terus mereka nikah..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum, blog ni memang betu betul membantu, dah puas saya google untuk maklumat bagi pekerja am tapi tak jumpa.
    1)Maaf bertanya f) borang apa yang perlu diisi?
    2) saya ada baca ada cooling period selama 6 bulan bagi warganegara asing, maksudnya sidia masih boleh berada dimalaysia semasa cooling period?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1) boleh refer ke link ini

      http://hatikukelabu.blogspot.my/2014/05/langkah-9-pengesahan-dokumen-perjalanan.html
      http://hatikukelabu.blogspot.my/2014/03/langkah-6-surat-kebenaran-dari-kedutaan.html

      2) saya pun ada baca mengenai cooling period tu, tapi masa last lepas en suami cancel kan working permit, saya dh siap kan semua document dan kad jemputan kahwin..jadi bila dia msk sini, kat imigresen tu dia buat rayuan utk boleh masuk dan tunjukkan semua supporting doc termasuk kad jemputan tu..siap jemput pegawai2 imigresen datang kenduri lagi..

      alhamdulillah boleh masuk akhirnya tanpa ada apa2 masalah.

      Delete
  5. Maaf..boleh saya bertanya...utk dpt kn kebenaran kedutaan indonesia..salah 1 syarat ialah borang nikah...sdgkan slangor borang nikah melalui online..adakah saya hanya perlu isi n print..lps tu submit ke kedutaan..atau saya perlu submit yg dh dpt kebenaran jais..sdg kn jais perlu kebenaran kedutaan sblm permohonan nikah di benarkan
    ...mohon keterangan...keliru ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. borang nikah tu kalau kat johor namanya eNCR..borang ni isi online je..print..isi penuh semua sekali termasuk wali dan saksi...ada 5 borang tak silap saya..dan lampirkan sekali doc yg perlu (salinan ic, ic wali, ic saksi dan sebagainya)..

      Delete
    2. soalan cik ni, di step C..jgn serabut sis..paham kan step by step..

      a) si dia perlu balik ke sana dan dpat kan semua dokumen yang diperlukan (jgn cancel kan work permit dulu, nnt susah nak masuk msia balik)
      N1,N2,N3, N4, surat pengakuan bujang (sekiranya bujang) dan surat kebenaran dari KUA
      b) balik malaysia
      c) uruskan semua hal kedutaan kat malaysia, sampai dpat surat kebenaran bernikah dari kedutaan
      d) cancelkan visa di imigresen
      e) masuk semula ke malaysia (seperti suami saya dia stay kat sana 3 hari je, tp bawak semua surat2 daripd kedutaan dan KUA), nnt kat imigresen nak msk malaysia, pegawai nak tgk surat2 tu- atas budi bicara- baru dorg bagi masuk..bila imigresen bagi masuk, dia akan chop kat passport visa lawatan sosial utk 30 hari..
      f) dalam tempoh 30 hari ni, korg perlu ke imigresen dan isi borang dan dapat kan kelulusan dari kedutaan,kalau kat JB ni, next day baru siap surat dari imigresen tu,
      g) bawak semua dokumen2 tu (buat salinan at least 2 copies), ke jabatan agama bahagian undang2..nnt pihak jab agama bahagian undang2 akan keluarkan surat.
      h) bawak semua surat2 tu ke jab agama bahagian daftar perkahwinan..kalau xde masalah, nnt dapat kelulusan


      Delete
    3. maaf, untuk step (f)

      f) dalam tempoh 30 hari ni, korg perlu ke imigresen dan isi borang dan dapat kan kelulusan dari *imigresen ,kalau kat JB ni, next day baru siap surat dari imigresen tu,

      - sebelum ke imigresen tu, dapatkan dulu surat dari jabatan agama ..refer entry yg ni..
      http://hatikukelabu.blogspot.my/2014/02/langkah-3-jabatan-agama.html

      Delete