Aku mulakan dengan bercerita tentang latar belakang diri ku sendiri..
aku dilahirkan dalam keluarga yang sederhana..mempunya keluarga yang kedua ibu-bapa bekerja, aku dibesarkan oleh pembantu rumah yang silih berganti (maklum la, zaman aku kecik2 dulu takde pun permit pembantu rumah, so bibik aku bertukar-tukar)..kadang-kadang pengasuh aku orang dari kampung, kemudian nak kawin..so ibu tukar pembantu rumah Indonesia pulak..nanti pembantu rumah indonesia aku nk balik ke indon tukar lagi pembantu rumah yang lain..macam tu la hidup kami sekeluarga sehingga aku masuk asrama, dan adik2 aku pun dah besar, ibu decided tak nak amik pembantu rumah lagi..pandai-pandai la kami uruskan diri..dengan membesar di asrama dan di rumah pula ada pembantu rumah, terus terang aku memang tidak pandai menguruskan rumah tangga..
aku merupakan lepasan ijazah di salah sebuah IPTA di tanah air..selepas bekerja selama beberapa tahun, aku mulai bosan dengan dunia kerja nie, tension sangat!..pas tu aku sambung belajar peringkat master pulak..mungkin Allah murahkan rezeki aku dengan kerjaya dan rezeki melimpah ruah, tapi aku masih belum bertemu dengan lelaki yang betul-betul ikhlas mahu memperisterikan aku, tapi lebih kepada cuba mengambil kesempatan.
aku pernah ke umrah dengan ibu dan bapa ku...di sana aku berdoa semoga dikurniakan seorang suami yang boleh membimbing aku manjadi isteri solehah..biar pun kami susah, tapi biarlah si dia itu sudi bersusah senang dengan ku dan menerima aku seadanya, aku berserah diri ku dengan rezeki kurniaanMu..
setelah pulang dari umrah aku mulai menikuti kumpulan-kumpulan usrah di masjid-masjid dan surau-surau...setelah beberapa bulan ke usrah, Allah pertemukan aku dengan si dia..
No comments:
Post a Comment