Tuesday, 10 December 2013

*Langkah 1 *Kursus Pra Perkahwinan*

so mula-mula pas tau pasal kena amik kursus pra perkahwinan ni, aku terus google segala info yang ada..aku terus booking kan seat untuk kami berdua..kalau pergi sama-sama sessi nie, mudah sikit..kalau ada info yang aku kurang jelas mungkin senang nak synchronize kan..

sepanjang kursus 2 hari tue, ada beberapa topic yang akan dibincangkan ada dalam silibus kursus nie..tapi apa-apa pun, bab prosedure perkahwinan, aku betul-betul berikan tumpuan..

*untuk kursus pra perkahwinan, jangan lupa bawak sekeping gambar passport dengan salinan kad pengenalan..nanti gambar tu akan di tampal kat sijil..(standby jek la sbb ada sesetengah tempat tak tampal pun gambar kat sijil)

untuk perkahwinan dengan warga asing dan akan bernikah ni Malaysia..document yang korang perlu sediakan ialah;

  1. Lengkapkan dulu butiran diri dalam borang e-NCR (www.encr.johor.gov.my)..pas tu cetak semua form kat dalam tu..buat la at least 2 salinan
  2. Hadir sendiri bagi menyerahkan borang dan dokumen ke pejabat kadi/ agama tempat pemohon bermastautin..(kedua-dua bakal pengantin kena datang sendiri kat pejabat kadi waktu hantar borang yang dah lengkap)

lampirkan sekali supporting document berikut;

Untuk warganegara

  1. Kad Pengenalan dan salinan *yang ni dah standby 5 copies*
  2. Salinan kad pengenalan 2 orang saksi lelaki (saksi untuk borang jek ni, bukan saksi yang hadir waktu akad nikah
  3. Sijil kursus pra perkahwinan dan salinan
  4. Pengesahan pemeriksaan HIV (borang perlu diambil dr Pejabat Kadi). Boleh dibuat di klinik kesihatan kerajaan sahaja, bayaran RM5
  5. Surat pengesahan status pemohon dari majikan (mestilah islam) atau ketua kampung atau penghulu atau akuan bersumpah dari suruhanjaya sumpah *surat akuan bujang*
  6. Pengesahan bermastautin dari ketua kampung atau penghulu (sekiranya alamat tempat tinggal kini berlainan dengan alamat dalam kad pengenalan) *sib baik tinggal kat umah yg sama dari kecik*
  7. Salinan kad pengenalan wali (untuk pengantin perempuan)
  8. Sijil nikah ibu bapa dan salinan (untuk pengantin perempuan)
  9. Sijil kematian bapa (sekiranya wali selain bapa) *daddy i masih ada, Alhamdulillah*
  10. Sijil cerai/kematian & sijil nikah serta salinan (sekiranya duda/janda) *tak berkenaan,*
  11. Surat akuan memeluk islam (sekiranya muallaf) *Tak berkenaan*
  12. Akuan bersumpah belum berkahwin / perintah pembubaran perkahwinan dari mahkamah (muallaf) *tak berkenaan jugak*
  13. Kebenaran mahkamah (poligami/wali hakim/janda berhias/bawah umur) *cukup umur dah*
  14. Kebenaran khas majikan (untuk polis/tentera) *Tak cukuup tinggi nk jadi askar*
  15. Kebenaran khas istana (untuk kerabat) *tak perlu nk berangan jadi kerabat sgtttt...


Untuk warganegara asing nikah di malaysia

  1. Passport dan kad pengenalan diri serta salinan
  2. Pas lawatan yang masih sah laku (working permit perlu dibatalkan sebelum boleh bernikah)
  3. Surat kebenaran berkahwin dari pihak berkuasa agama negara asal
  4. Dokumen keterangan wali (sekiranya perempuan) *si dia tak perlu ni*
  5. Sijil kursus pra-perkahwinan dan salinan
  6. Pengesahan laporan kesihatan (HIV) -Boleh dibuat di klinik kesihatan kerajaan sahaja, untuk warganegara asing bayaran RM15
  7. Pengesahan dokumen perjalanan oleh imigresen (surat ambil dari pejabat kadi (kecuali Spore dan Brunei), [untuk daerah Johor Bahru, amik surat ni dari kaunter 3, Tingkat 2, Blok B, Pejabat kadi]
  8. Kebenaran kedutaan /konsulat jeneral/konsul (kecuali Spore dan Brunei)
  9. Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pendaftar Nikah, cerai dan Rujuk (Kadi Besar / Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Syarak) [untuk daerah JB, jumpa Kadi Besar di Tingkat 2, Blok A, Pejabat Kadi]

So dalam list pihak lelaki, si dia perlu ke Indonesia untuk buat kad pengenalan diri dan amik borang item 3. Walaupun si dia tu tak pernah pergi ke Indonesia pun, dia dah start kena mintak tolong kenalan untuk membantu..

working permit pun perlu di batalkan dulu..hurm, yang ni agak rumit, sebab sebaik sahaja permit tu dibatalkan berapa lama tempoh yang diberikan oleh pihak berkuasa yg membolehkan si dia stay kat sini?.lagi pun, kalau permit dibatalkan nanti wang cagaran yang di bayar dulu, macam mana pulak tu..??..adakah akan dibayar??

so, kami kena cari banyak info dulu sebelum boleh batalkan permit tu..

*sebaik nya semua form dan supporting document ni di buat dalam sekurang-kurangnya 3 salinan

Sunday, 8 December 2013

Langkah 1 *Kursus Pra Perkahwinan*

Ibu si dia masuk ke malaysia ketika umurnya masih kecik..ketika itu xde istilah pendatang tanpa izin, semua kira sama..serumpun..kemudian,ketiga-tiga adik beradiknya di serahkan kepada makcik nya (akak kepada ibunya), sebab ibu si di dapat kerja sebagai pembantu rumah..dengan kesempitan hidup dan tidak aware tentang kepentingan dokumen pengenalan diri, ketiga-tiga beradik dibesarkan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri..not even surat beranak..

aku pernah bertanya kepada si dia, ketika saudara yang lain maknanya anak kepada mak cik nya itu keluar ke sekolah apa abang buat kat rumah?..si dia menjawab yang dia start menoreh getah sejak umur 7 tahun lagi..saudara yang lain ke sekolah abang ke kebun getah,,bila dah 10 tahun tukar keja pulak jadi kutip lada kat kampung, then umur 14 tahun kerja kat bengkel basikal, umur 16 tahun start keja kat restaurant..so belajar menulis, mengira membaca semua pun sepupu yang ajar kan...tak pernah pegi sekolah..

si dia tunjukkan aku passport..eh ada pulak passport?..bila aku belek-belek passport tu, baru berusia 2 tahun..

selepas beberapa kali kena tipu dengan agent utk dapat kan IC, sampai abeh duit simpanan..kebetulan masa tu ada diperkenalkan program pemutihan, atas nasihat beberapa sepupu, si dia pun apply la dapat kan passport dengan menggunakan program tue..at least, ada jugak la document diri..!!!..

aku terdiam!..speechless..

aku sendiri agak keliru dengan pendirian aku..sebaik sahaja dia berterus terang tentang status diri nya yang berwarganegara Indonesian, aku sangat keeeeliiirruuuuu...pertanyaan aku tentang latar belakang nya, tidak lagi tentang masa depan apa yang akan kami lakukan..aku keliru samada boleh menerima dirinya atau sebaliknya..namun aku masih melayan si dia seperti biasa, berbual, bersembang, macam takde apa-apa jek,

Lepeas 2 minggu si dia memberitahu aku tentang dirinya, dia mengambil keputusan untuk berterus terang dengan kedua ibu bapa ku..si dia sengaja hadir ke rumah aku sewaktu aku keluar bekerja agar mudah untuk dia berbual dengan kedua ibu bapa ku..dia berterus terang tentang segala nya..

petang tue, bila aku balik dari kerja...ibu ajak aku berbincang..ibu yang bagitau yang si dia datang ke rumah tengahari nie..
ibu kata, kalau awak nak teruskan jugak hubungan awak dengan si X tu, cuba la cari maklumat kat mana-mana..confirm kan yang macam mana procedure yang betul..jangan sampai nanti bila dah kawin, anak tak boleh di register kan kat Malaysia..jangan lupa banyakkan solat hajat dan istikharah...
ayah macamana pulak??..ayah terima??..hurm, memang pada awalnya ayah tak setuju..sangat membantah..tapi ibu cakap kalau aku nak teruskan, usaha kan..perlu buktikan pada ayah yang segalanya takde masalah..kalau ada pun, ianya takde la seteruk yang disangka..

so esok nya aku gelisah di pejabat..aku google semua nombor telefon jabatan agama untuk mendapatkan advice...finally, ada jugak staff pejabat kadi menjawab panggilan ku..

aku : assalamualaikum, saya nak tumpang tanya mengenai prosedure perkahwinan dengan warganegara asing.
staff MAIJ : waalaikumussalam, awak dah pergi kursus perkahwinan?
aku : belum..kursus tu kan mahal, so nak tanya la dulu..boleh ke kawin dengan warga negara asing nie..sebab saya baca dalam internet tak boleh ada visa pekerja..
staff MAIJ : ada procedure nya..kena pergi kursus kahwin dulu...nanti diterangkan dengan details masa kat kursus...kalu still tak paham, baru rujuk ke kami semula..tapi yang penting, masa kahwin nanti working visa tu kena batalkan dulu laa..
aku : macamana nak batalkan visa tue?
staff MAIJ : yang tu akan ada penerangan details masa kursus kahwin.
aku : owh,so kena pergi kursus kahwin dulu la ea..ok2..terima kasih ye..
staff MAIJ : aah..pergi kursus dulu ye..sama-sama..

so perkara pertama kena buat, pergi KURSUS PRA PERKAHWINAN!!...






Saturday, 7 December 2013

*Diri Ku*

Aku mulakan dengan bercerita tentang latar belakang diri ku sendiri..

aku dilahirkan dalam keluarga yang sederhana..mempunya keluarga yang kedua ibu-bapa bekerja, aku dibesarkan oleh pembantu rumah yang silih berganti (maklum la, zaman aku kecik2 dulu takde pun permit pembantu rumah, so bibik aku bertukar-tukar)..kadang-kadang pengasuh aku orang dari kampung, kemudian nak kawin..so ibu tukar pembantu rumah Indonesia pulak..nanti pembantu rumah indonesia aku nk balik ke indon tukar lagi pembantu rumah yang lain..macam tu la hidup kami sekeluarga sehingga aku masuk asrama, dan adik2 aku pun dah besar, ibu decided tak nak amik pembantu rumah lagi..pandai-pandai la kami uruskan diri..dengan membesar di asrama dan di rumah pula ada pembantu rumah, terus terang aku memang tidak pandai menguruskan rumah tangga..

aku merupakan lepasan ijazah di salah sebuah IPTA di tanah air..selepas bekerja selama beberapa tahun, aku mulai bosan dengan dunia kerja nie, tension sangat!..pas tu aku sambung belajar peringkat master pulak..mungkin Allah murahkan rezeki aku dengan kerjaya dan rezeki melimpah ruah, tapi aku masih belum bertemu dengan lelaki yang betul-betul ikhlas mahu memperisterikan aku, tapi lebih kepada cuba mengambil kesempatan.

aku pernah ke umrah dengan ibu dan bapa ku...di sana aku berdoa semoga dikurniakan seorang suami yang boleh membimbing aku manjadi isteri solehah..biar pun  kami susah, tapi biarlah si dia itu sudi bersusah senang dengan ku dan menerima aku seadanya, aku berserah diri ku dengan rezeki kurniaanMu..

setelah pulang dari umrah aku mulai menikuti kumpulan-kumpulan usrah di masjid-masjid dan surau-surau...setelah beberapa bulan ke usrah, Allah pertemukan aku dengan si dia..

Friday, 6 December 2013

*Pengenalan*

Blog ni aku create untuk share kan tentang procedure bagi warganegara Malaysia untuk berkahwin dengan warga asing. Dengan lambakan warga asing kat Malaysia nie, tak mustahil apa yang berlaku pada diri aku (yang sekarang nie tengah bertunang dengan warga asing) akan terjadi jugak dengan orang lain..

so aku paham la macamana pening dengan segala macam procedure dan betapa banyak urusan yang perlu dibuat..

bukan pilihan hati aku untuk bercinta dengan warga asing..tapi kalau dah jodoh, macam mana kita cuba nak elak pun tak mungkin boleh..sapa lah kita sebagai seorang hamba kepadaNya boleh menukar jodoh yang telah ditentukan..

 Jadi, alang-alang aku dah separuh jalan deal dengan majlis agama, Imigresen, kedutaan dan etc ni..maka lahir la blog ini..

ini hanya lah jalan cerita tentang pengalaman aku..may be boleh di jadikan guideline oleh yang lain-lain..

 Wassalam.