Monday, 21 October 2019

~Permohonan Warganegara~

Haaaa...maaf sangat-sangat..aku tengah adjust2 blog ni..kenapa pulak tetiba je font tulisan jadi kecik..aku pun tak tau apa silap setting nya..

Ok..hal tu nanti aku cuba godek-godek lagi..

ok sambung..

Selepas hampir expired visa suami aku yang ke 5 tahun..maka kami start bertanya-tanya la kat officer imigresen tu macam mana nak apply untuk dapat kan warganegara..

Apa-apa pun masa ni, korang kena bawak semua passport lama, supaya officer tu boleh check semua visa korang dah berapa tahun..

So sepatutnya elepas 5 tahun 6 bulan korang kahwin, korang dah start boleh apply untuk dapatkan IC..I'm not sure IC merah ke biru..tp by right merah la kan sebab dorang ni nak dapatkan PR..tapi kalau dapat  IC BIRU..alhamdulillahhhhh..Maklum laa...kalau IC merah boleh beli rumah harga >RM1 juta..or may be sekarang ni >RM600K..

Ok berbalik kepada cerita tanya officer nak apply tu..setelah di belek-belek passport en suami, kena tunggu lagi 2 bulan baru boleh start hantar form..

Jadi alang-alang memang tunggu turn, kami pun mintak la borang-borang yang berkaitan..

Ini senarai dokumen yang diperlukan;




Pesanan : pastikan alamat yang diberi itu jelas dan benar..sebab nanti imigresen akan hantar surat ke alamat tersebut untuk urusan seterusnya..

Nanti ada update, aku sambung lagi ya..

tunggu dulu sampai tahun depan baru boleh apply..

Kepada yang tengah berusaha tu, sabar banyak-banyak..boleh cuba call Majlis Agama dan Jab Imigresen untuk sebarang pertanyaan..




Thursday, 15 March 2018

Masalah Di Imigresen

Baru-baru ni ada pasangan orang tua jumpa suami aku mintak tolong..
si suami umur dah 70an baru berkahwin ngan isteri baru dari Indonesia umur 59 tahun..

Masa dorang nak kahwin, dorang dah uruskan Jabatan Agama dan Imigresen sendiri..so semua urusan sebelum kahwin dah takde masalah..


Lepas kahwin, dorang nak buat visa...pegawai imigresen terangkan dorang tak paham, asyik cerita kat pakcik aku IMIGRESEN rejek..sampai la chop passport si isteri ni dah nak expired, jadi si isteri ni terpaksa lah balik Indon dulu..bila si isteri ni dah masuk malaysia..terus dia jumpa suami aku mintak tolong sebab takut visa isteri expired tapi visa kahwin belum dapat..


so suami aku ni pun sebab dia kerja sendiri, waktu weekdays pergi la jabatan imigresen, officer tu cakap kena takde masalah dokumen dah ni, semua dah cukup cuma kena ada pengesahan dari Kadi...nanti datang lagi 14/3..sbb makcik tu punya last day kat msia ni 15/3 (based on chop kat  passport)...so dorang pun pulang rumah dengan senang hati sebab tunggu je la 14/3 nanti..nanti datang je la ke Imigresen lagi...


Tetiba suami aku kena ke Batam pada 14/3 tu..jadi hari ahad lepas (11/3) dia mintak tolong aku bawak makcik tu ke Imigresen untuk uruskan Visa kahwin, dia pun dah berjanji nak tolong, maka aku pun bawak la makcik tu ke Imigresen pada hari ahad lepas..


Kalau siapa yang duduk kat JB ni ada pilihan, jangan la sekali-kali datang pejabat Imigresen pada hari ahad..dia punya penuh sampai depan lif pun xde ruang nak keluar..huhuhu..


Tapi sebab suami aku suruh kan...aku pun baik je la bersabar tunggu turn..dari sampai pukul 11pagi sampai la ke pukul 5.30 petang baru nombor di panggil..kata officer tu nombor aku dah di panggil pukul 2 tp makcik tu tak datang2 ke kaunter..(mungkin kami terlepas pandang sebab ramai sangat orang)..


Lepas dia terang-terangkan kejap ngan makcik tu..aku baru nak sampai ke kaunter tu..eh dah habis..aku pun tunggu makcik tu kat lif, (sebab org sesak, lif pun dekat ngan aku)...aku tanya dah settle ke?..makcik tu kata officer tu suruh jumpa kadi mintak pengesahan...ada borang di beri??..takde pulak jawab makcik tu...eh nanti kadi tu dah buat surat, salah pulak..


maka aku pun naik semula ke pejabat imigresen tu tanya betul-betul sebab apa reject..aku cakap kat pegawai tu, "makcik ni dah tua dia kurang faham, boleh tolong jelaskan sekali lagi kenapa kena reject??.."


Sebenarnya lepas akad nikah...perlu ke Pejabat Kadi mintak pejabat kadi mintak surat pengesahan, nanti pejabat kadi akan hantar terus ke pejabat Imigresen..nanti bila buat visa, sebenarnya pejabat imigresen dah terima  dah hantar maklumat  direct ke sana, baru visa boleh dikeluarkan..


PEJABAT KADI di MAJLIS AGAMA..bukan pegi jumpa tok kadi!!!..


Mujur la aku pegi tanya..kang tak pasal pegi jumpa tok kadi mintak surat..(*tepuk dahi*)


sebabkan dah pukul 5.30 ptg, maka esoknya aku pun cuti hapday hantar makcik tu ke PEJABAT KADI, MAJLIS AGAMA..


Bila sampai kat MAJLIS AGAMA, officer situ mintak

a) salinan IC suami
b) salinan passport isteri
c) Salinan surat nikah


takde borang kena isi..cuma maklumkan yang kita nk buat visa suami isteri,..nanti pejabat agama akan buat urusan dia dan direct hantar report ke IMIGRESEN..


Urusan kat MAJLIS AGAMA ni amik masa seminggu..


Jadi makcik ni dah risau kalau dia kena balik lagi ke indon..sebab ada tempoh 2 hari je lagi dah nak 15/3 (chop passport dia expired)..


Pada 14/3 makcik tu tetap ke IMIGRESEN, officer imigresen bagi lanjutan 1 bulan untuk dia duduk sini..bayaran RM100..dia chop kat passport makcik tu..nanti sebelum chop lanjutan sebulan ni habis, dia kena datang lagi untuk buat visa...patutnya dah takde masalah..


Pegawai tu cakap lain kali kalau ada masalah macam ni, datang je IMIGRESEN nanti di bagi chop lanjutan dengan kos RM100, itu lebih murah dari tiken return ke BATAM..


so skang makcik tu stay kat sini dengan visa lanjutan..nanti bila cukup masa InsyaAllah moga urusan beliau dipermudahkan..Amin..



Tuesday, 30 January 2018

Batam - Tanjung Pinang..Jalan-Jalan

Topic serius je kan dalam nie,..meh baca entry aku visit akak ipar kat Tanjung Pinang..

Day 1

Entah angin apa that en suami tetiba ajak melawat akak dia di Tanjung Pinang..aku pun apply cuti, boss aku pun dengan baik hati approved kan..bukan lama 2-3 hari je tapi masalah nya suami aku ni kan meniaga kedai makan..isnin-ahad memang dia tak boleh cuti maka aku korban kan la cuti aku sikit..lama tak berjalan..so, bila tetiba en suami ajak berjalan terus happy la aku nak mengikut..

Akak ipar aku ni kawin dengan orang Tg Pinang..malangnya baru beberapa hari dia ikut suami dia pindah ke Indonesia, suami dia pulak meninggal sebab demam denggi..hidup dengan anak 2 orang so agak susah..tapi alhamdulillah tak lama dia dah jumpa jodoh yang baru..

Recently akak ipar ada called bagitau yang dia di terima bekerja di rumah anak-anak yatim di Tanjung Pinang..ni la kami baru berkesempatan nak melawat..

Dari stulang, Johor Bahru boleh amik feri ke Tanjung Pinang..Feri last pukul 5 petang..Tambang nya sehala RM105..boleh juga kalau nak beli tiket 2 hala..tapi nanti bila nak keluar dr Tg Pinang kena tax lagi tak ingat berapa ringgit tapi agak mahal..memang jimat beli sehala je..nanti di Tg Pinang boleh beli lagi..

kitaorg sampai kat terminal fery lebih kurang pukul 3 petang..dah nak bertolak baru dapat tau yang laut bergelora, jadi penumpang cuma boleh naik dalam setengah dari kapasiti ferri..dan kedutaan Indonesia pun kebetulan ada bawak PATI yang kena tangkap nak dihantar pulang ke Tg Pinang..Ramai betul pegawai Imigresen escort dorang ni..Jadi semua org awam kena naik ferry ke Batam..atau tangguh ke esok hari..(nasib baik la kami naik ferry lain..bila PATI ni lalu je bau nya memamg tak tahan..tak tau la berapa hari dah dorang jadi tahanan..๐Ÿ˜…

Bincang-bincang dengan en suami, jadi keputusannya beli je la tiket ke Batam..Malam nanti kita tidor je Batam dulu, next day baru naik fery ke Tg Pinang..

So officer pelabuhan tu tolong kami tukar tiket dan refund kan duit..duit kami dipulangkan RM14..so tambang stulang-Batam is RM91..

Bila sampai Batam..ada van kaler pink tegur kami (local ppl panggil angkut)..katanya kalu nak ke tempat selalu orang indon stay yang murah-murah boleh la ke kawasan namanya JODOH..sewa hotel kat situ dalam IDR 85K - IDR 100K..wahh murahnya..dalam RM25-RM30 je..selalunya pekerja indon ni datang kerja kat malaysia selama 20-25 hari, kemudian keluar ke batam stay la dlm 5-7 hari..kemudian masuk semula bekerja kat malaysia..dorang panggil “passing”..tukang masak thailand pun ramai macam ni, Tapi dorang balik ke Thailand la...bukan balik ke Batam..hehe..





Inilah keadaaan dalam van angkut..kaler PINK untuk area pelabuhan ke kawasan bandar..kalau kaler oren ke kawasan Pelabuhan- Ponggor

tapi masa dalam van aku teringat pulak abang aku pernah pegi rumah kotai sbb abang aku kerja side construction..mungkin ada pijat yang melekat kat baju dia ke kasut ke..terus katil kat bilik dia kena serang pijat..jadi aku pun risau jugak kalau duduk bilik orang-orang passing ni..huhu..paranoid sangat๐Ÿ˜..

Bila sampai kat JODOH, memang kawasan tu meriah la..byk kedai makan..pusing-pusing kwsan tu cari hotel..mmg betul macam apa abg van cakap..memang betul murah..tapi kami cari hotel yang mahal sikit laa..medium rakyat merhean macam aku ni duduk..hotel mewah dalam harga IDR 850-1 juta banyak jugak kat sini..tumpang tanya abg ojek..dia tunjuk kan hotel yang harga IDR 300-350K..bilik nya bersih..hotel baru..Alhamdulillah en suami setuju..nama hotel tu New Hotel..

Malam tu kami makan di sekitar kawasan hotel je..makan tepi jalan..lama tak dapat minum air Botol Sosro..hehe..

Malam tu lepas isyak kami terus tido kepenatan..huhu


Day 2

Lepas mandi dan solat subuh, terus ke lobby..ada free breakfast..takde la banyak sangat pilihan tapi boleh laa..bukan hotel berbintang- bintang pun..tengah makan breakfast, ramai pulak orang malaysia datang cafe tu..


Lepas siap2 kami check out..terus cari sim card kat sini..sbb aku cuti time weekdays ni kena la alert pasal kerja jugak..tanya je budak bellboy hotel tu..dia bagi instruction ke kedai telepon..betul2 jual kat kaki lima kedai..sebelah tu ada orang buat pasar pagi agak meriah dan ramai orang..tapi akak yang jual sim card tu nasihat kalau bawak beg macam kami ni hati-hati..banyak pick pocket kat sini..satu group dalam 4-5 orang..nanti dia buat2 tertolak la, terjatuh laa..tengah kita leka tengok orang lain, kawan yang lain dh curi barang kita..dia bgtau sebab pencopet tu baru je lalu sebelah aku tadi dia kata..takut dah kena aim..alahai takut pulak..





Berbalik cerita pasal sim card..sim card kat kawasan ni jual yang internet only IDR 100K utk 30GB..dah siap di registerkan sim card ni, boleh terus guna..kalau sesiapa yang pernah beli sim card indon, tau la susah sgt nak register kan sim card baru sebab dia perlu masukkan ni KTP dan no KAKA (no kad pengenalan dan kartu keluarga)..no passport tak boleh masuk..so aku beli je la yg dah siap registerkan ni even mahal sikit..apa yang impress nya internet kat sini super laju LTE even masa aku menaip ni aku kat atas boat tengah laut..nak ke Tg Pinang..






Dari hotel tengah kami jalan kaki nak tunggu angkut ke Pelabuhan Ponggor..ada taxi datang..lami tawar-tawar dapat la IDR80K untuk ke Ponggor dari JODOH..memandangkan en suami angkat 1 beg besar baju yang nak disedekahkan kat family sana..lagipun harga tu bersesuaian la dengan jarak ke Ponggor tu,.jadi kami setuju la naik..

Rezeki abang driver sebab dia cakap dah 2 hari dia takde customer..anak 4 orang nak dibesarkan..walaupun dengar kesian tapi aku tak boleh percaya sangat..๐Ÿ˜…

Dari JODOH ke Ponggor amik masa lebih kurang setengah jam..baru setahun kami tak datang dh besar terminal baru..cantik dan luas..mana la rakyat tak sayang jokowi..abang taxi pun puji jokowi sebab jalan dah dibesarkan jadi 3 lane kat kawasan tu..

Tambang ferry Ponggor ke Tg Pinang IDR 57,500 dan tax IDR10,000..ferry nya besar selesa dan bersih..perjalanan selama lebih kurang sejam..1st fery jam 8.30pg..last ferry jam 5.30 petang..setiap stgh jam ada ferry, dan ferry gerak on time..






 
 
Aku ada wassap untuk sewa kereta kat Tg Pinang..aku cari pun kat google je..rate sewa IDR 300,000 sehari utk kereta Avanza..auto/manual sama harga..abang ni service tip top..+62 813-7289-8766 / +62 812-7293-8891 namanya alvis.. wassap je mintak dia advice kalu ada masalah apa-apa..macam kami semalam..macam-macam aku tanya dia sampai kan ferry last ke Tg Pinang dari Batam pukul berapa pun dia layan kan je jawab semua soalan aku..hehe..



Sebaik tiba kat terminal ferry Tanjung Pinang, kami pun dapat kereta yang telah di booking..Avanza baru lagi haa..siap ada certain part tak bukak pun lagi..(lupa pulak nak amik gambar)..





Kalau korang nak tukar duit IDR - MYR ke atau nak beli Ole-Ole original Tg pinang, boleh WAZE ke Bank BNI ni..Money changer ni sebelah bank ni antara yang termurah..kat money changer ni jugak ada kaunter jual tiket feri balik ke Stulang atau ke Singapore.

guna waze ke kijang..sampai kat rumah kak ipar...lepas rehat-rehat sekejap terus en suami ajak semua family akak ipar aku ke Pulau Penyengat...macam menarik je tengok dari jauh..dah banyak kali aim nak ke sana tapi belum berkesempatan..

Pelabuhan ke Pulau Penyengat ni terletak bersebelah je dengan Pelabuhan Sri Bintan tempat kami tiba tadi..Tambang untuk ke Pulau Penyengat cuma IDR 7,000 se orang, sehala..tapi bila cukup 15 orang baru boat akan bertolak..masa kami tiba tu baru ada 12 orang..tunggu sekejap je..dah cukup 15 orang nanti dipanggil semua..








 Sebaik tida di Pulau Penyengat, azan asar pun berkumandang..cuaca pun kejap hujan kejap berenti..kami sewa beca untuk bawak kami keliling kawasan ini..bayaran sewa untuk 1 becak IDR 40,000 (RM11)..nasib baik naik becak juga..jauh rupanya..








Pulau Penyengat ini adalah mahar di berikan oleh Sultan mahmud kepada isterinya Engku Hamidah..jadi kawasan ni banyak tinggalan sejarah dan makam-makam Sultan dan Pahlawan Melayu lama..even signboards kat situ semua tulis Bahasa Melayu, bukan Bahasa Indonesia..




Agak menarik sebenarnya datang ke sini..memandangkan kami sampai pun dah agak lewat..ada a few tempat yang kami tak sempat singgah..

Sebelum Maghrib kami dah tiba ke Pelabuhan Tanjung Pinang..mulanya en suami nak bawak anak-anak sedara ke rumah saudara yang lain di Sungai Kechil..tapi akak ipar ni tak bawak pulak baju spare untuk baby dia yang umur 7 bulan tu..kesian pulak takut baby tak selesa..

Anak-anak sedara lain sibuk ajak ke MATAHARI..kami ni dok blurr MATAHARI tu apa?..rupanya shopping mall baru kat Tg Pinang ni..

So malam tu semua dapat baju baru, kasut baru ngan groceries dah macam nak raya..Bukan selalu kan..last kami datang pun masa nak bukak sekolah tahun lepas..belikan baju sekolah budak-budak nie..huhu..

Day 3

Pagi-pagi lepas sarapan, akak ipar bawak jumpa jiran tetangga dia..jiran dia ni nak jual tanah..keluasan 20m x 25m..35 juta..aku tak sure mahal ke murah..jiran nya bawak kami melawat tanah tu..agak strategik juga tanah tu, cuma agak jauh dari sekolah anak-anak dia nie.en suami mintak tempoh sikit untuk kami pikir-pikir kan

Lebih kurang tengahari cam tu kami dah bertolak ke Pelabuhan..sempat singgah kejap makan lunch kat restaurant SEDERHANA..nasi padang terkenal kat sini..tapi harganya agak mahal..tapi masakan memang sedap dan kedainya pun bersih..

Actually masa kami ke kedai money changer semalam, ada kaunter jual tiket jugak kat situ..dia kata feri ke stulang jam 7am dan 12 tghari je..so alang-alang kami dahtak sempat nak amik feri ke Stulang direct,. kami pikir nk singgah ke Batam dulu je..

Lepas pulang kan Avanza, terus ke kaunter tiket untuk ke Batam..Masa tu jam baru pukul 2 petang..tak pe lah tak de la terkejar-kejar nanti..feri last Batam ke JB pukul 5.45 petang..ada banyak masa lagi ni..

Baru sampai kaunter, en suami saja je la tanya ada lagi tak tiket ke Stulang?...Rupanya ada feri brand lain untuk ke Stulang bertolak jam 3 petang..Kelang kabut la kami pegi beli tiket..Harganya IDR 300K seorang..Tanjung Pinang ke Stulang..harga tax pulak IDR 55K untuk bukan warganegara, IDR35K untuk warganegara..













Phew..akhirnya jam 6petang kami dah sampai Stulang..

Alhamdulillah..

Sunday, 8 October 2017

** Renew Visa Suami/isteri Bukan warganegara & visa bekerja 2017


Ini kali ke 3 kami nak renew visa..saya tengok format borang nya ada lain sikit..ini checksheet yang diberikan pihak imigresen..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgYa92ddGDSFbwKuyVpPjPrT9btilQf3cquHR8bbiVw3pllH4Kch4jDuFsBHl8SieWxVNAYwGuVMmE9Vqza_At0LX99QI0cdsC2AFlxe11aCAlY4LIkMVyb5gB0M0P6omZiIZWV1ltw_Nod/s1600/checksheet.png


Pihak imigresen akan kasi borang IM 12..isi borang ni..

Untuk ruangan pemohon dan maklumat passport tu untuk information suami/isteri yang bukan warganegara..kemudian tampal gambar yang suami/isteri yang bukan warganegara

untuk ruang penganjur tu ada lah yang suami/isteri yang warganegara..


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiF9Ei7OFAoTMHM5PHhqwGxFgrkRECPAODlD4BaLjuWHhyInA-od9TqvnJ6zgAUSliUr3xSR7esfTi_z_08lNW3qD-O7vGHLEayi2HUKj4C42OFZ3381ESLgXWtt2XpZzFp69fNX4Rr7IEs/s640/IM+12.png

 Dan juga borang akuan sumpah..bila dah di isi borang ni, lekat kan gambar suami & isteri..kemudian ke pejabat akuan sumpah untuk di chop..bayaran yang saya kena RM4 - RM8 (bergantung pd pegawai tu)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg8PbNhNa_VhqL5vZ7WF9fUedI8Mbst16spffHj0x3qONY9EErnlGeLmJE_v40i3A3JMPM275-pqMbGpKOEkvIpeeOLTEB7lHQenesFWbqm_bwGoip8ILes8fzN-2aiCwXPq76eRQu36I7L/s640/akuan+sumpah.png

ada juga lagi 4 helai borang yang perlu di isi..tapi saya terlupa nk amik gambar,..nanti kalau saya ada borang nya lagi, saya letakkan di sini untuk rujukan pihak tuan ya..

Contoh surat tawaran bekerja dari pihak majikan ada di komen link ini


contoh surat rasmi pemohon untuk dari suami/isteri yang warganegara kepada pihak imigresen..

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------



Nama suami/isteri yang warganegara

Alamat


______________________________________________________________________

Jabatan Imigresen Malaysia  Negeri Johor Darul Takzim,

Kompleks Kementerian Dalam Negeri,

Jalan Setia Tropika,

Taman Setia Tropika, Kempas

81200 Johor Bahru


PERMOHONAN BEKERJA DI MALAYSIA


Saya seperti nama dia atas merupakan isteri kepada ......(nama suami)...... ingin memohon kebenaran pihak tuan untuk membenarkan suami saya bekerja di Malaysia.


2.         Perkara ini amat penting bagi pihak kami kerana beliau perlu menjalankan tanggungjawab untuk menyara hidup kami di samping mengukuhkan ekonomi keluarga untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.


3.         Pertimbangan daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.



 Tandatangan                                                                   Tandatangan

(Nama pasangan yang warganegara)                         (Nama pasangan yang bukan warganegara )

Isteri                                                                            Suami

no IC                                                                           No passport




Bila semua dokumen dah lengkap boleh hantarar borang dan buat bayaran...simpan resit dengan cermat..jangan hilangkan...
Ini contoh visa bekerja untuk pasangan suami/ isteri..
 

Good Luck