Thursday, 15 March 2018

Masalah Di Imigresen

Baru-baru ni ada pasangan orang tua jumpa suami aku mintak tolong..
si suami umur dah 70an baru berkahwin ngan isteri baru dari Indonesia umur 59 tahun..

Masa dorang nak kahwin, dorang dah uruskan Jabatan Agama dan Imigresen sendiri..so semua urusan sebelum kahwin dah takde masalah..


Lepas kahwin, dorang nak buat visa...pegawai imigresen terangkan dorang tak paham, asyik cerita kat pakcik aku IMIGRESEN rejek..sampai la chop passport si isteri ni dah nak expired, jadi si isteri ni terpaksa lah balik Indon dulu..bila si isteri ni dah masuk malaysia..terus dia jumpa suami aku mintak tolong sebab takut visa isteri expired tapi visa kahwin belum dapat..


so suami aku ni pun sebab dia kerja sendiri, waktu weekdays pergi la jabatan imigresen, officer tu cakap kena takde masalah dokumen dah ni, semua dah cukup cuma kena ada pengesahan dari Kadi...nanti datang lagi 14/3..sbb makcik tu punya last day kat msia ni 15/3 (based on chop kat  passport)...so dorang pun pulang rumah dengan senang hati sebab tunggu je la 14/3 nanti..nanti datang je la ke Imigresen lagi...


Tetiba suami aku kena ke Batam pada 14/3 tu..jadi hari ahad lepas (11/3) dia mintak tolong aku bawak makcik tu ke Imigresen untuk uruskan Visa kahwin, dia pun dah berjanji nak tolong, maka aku pun bawak la makcik tu ke Imigresen pada hari ahad lepas..


Kalau siapa yang duduk kat JB ni ada pilihan, jangan la sekali-kali datang pejabat Imigresen pada hari ahad..dia punya penuh sampai depan lif pun xde ruang nak keluar..huhuhu..


Tapi sebab suami aku suruh kan...aku pun baik je la bersabar tunggu turn..dari sampai pukul 11pagi sampai la ke pukul 5.30 petang baru nombor di panggil..kata officer tu nombor aku dah di panggil pukul 2 tp makcik tu tak datang2 ke kaunter..(mungkin kami terlepas pandang sebab ramai sangat orang)..


Lepas dia terang-terangkan kejap ngan makcik tu..aku baru nak sampai ke kaunter tu..eh dah habis..aku pun tunggu makcik tu kat lif, (sebab org sesak, lif pun dekat ngan aku)...aku tanya dah settle ke?..makcik tu kata officer tu suruh jumpa kadi mintak pengesahan...ada borang di beri??..takde pulak jawab makcik tu...eh nanti kadi tu dah buat surat, salah pulak..


maka aku pun naik semula ke pejabat imigresen tu tanya betul-betul sebab apa reject..aku cakap kat pegawai tu, "makcik ni dah tua dia kurang faham, boleh tolong jelaskan sekali lagi kenapa kena reject??.."


Sebenarnya lepas akad nikah...perlu ke Pejabat Kadi mintak pejabat kadi mintak surat pengesahan, nanti pejabat kadi akan hantar terus ke pejabat Imigresen..nanti bila buat visa, sebenarnya pejabat imigresen dah terima  dah hantar maklumat  direct ke sana, baru visa boleh dikeluarkan..


PEJABAT KADI di MAJLIS AGAMA..bukan pegi jumpa tok kadi!!!..


Mujur la aku pegi tanya..kang tak pasal pegi jumpa tok kadi mintak surat..(*tepuk dahi*)


sebabkan dah pukul 5.30 ptg, maka esoknya aku pun cuti hapday hantar makcik tu ke PEJABAT KADI, MAJLIS AGAMA..


Bila sampai kat MAJLIS AGAMA, officer situ mintak

a) salinan IC suami
b) salinan passport isteri
c) Salinan surat nikah


takde borang kena isi..cuma maklumkan yang kita nk buat visa suami isteri,..nanti pejabat agama akan buat urusan dia dan direct hantar report ke IMIGRESEN..


Urusan kat MAJLIS AGAMA ni amik masa seminggu..


Jadi makcik ni dah risau kalau dia kena balik lagi ke indon..sebab ada tempoh 2 hari je lagi dah nak 15/3 (chop passport dia expired)..


Pada 14/3 makcik tu tetap ke IMIGRESEN, officer imigresen bagi lanjutan 1 bulan untuk dia duduk sini..bayaran RM100..dia chop kat passport makcik tu..nanti sebelum chop lanjutan sebulan ni habis, dia kena datang lagi untuk buat visa...patutnya dah takde masalah..


Pegawai tu cakap lain kali kalau ada masalah macam ni, datang je IMIGRESEN nanti di bagi chop lanjutan dengan kos RM100, itu lebih murah dari tiken return ke BATAM..


so skang makcik tu stay kat sini dengan visa lanjutan..nanti bila cukup masa InsyaAllah moga urusan beliau dipermudahkan..Amin..



35 comments:

  1. HAI BOLEH TAK SY NAK MINTAK TOLONG..NAK ISI BORANG UNTUK MOHON VISA 6 BULAN TP PENING..HUHUUU

    ReplyDelete
  2. Jangan risau..pegi kat pejabat imigresen tu ada tampal contoh borang yang dah di isi..ikut contoh kat situ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..ada cth isi borang tp klu rasa pening sgt xtau nk isi ada je agen tlg isikn. Selalunya pejabat dia satu building ngan imigresen jga. Tp xtaula tmpt lain tp sy buat kt shah alam hari tu ada org blh tlg isikn siap dgn setem hasil sekali dia tlg buatkn. Byr rm150 dia uruskn dari A smpai Z. Dia kt tkt 3 bgunan pkns. Nk tau no dia wsapp sy 0133448220

      Delete
    2. macam mana nak daftar kahwin di Malaysia sebab suami tak boleh masuk malaysia..kena tunggu 6 bulan baru boleh masuk.

      Delete
  3. Aku tengah pening kepala bos.. Bingung xtau jalan, nak buat visa suami istri.. Aku si suami orang indon istriku orang johor.. Aku dah ambik surat dari imigresen..dan agak2 biaya buat.tu semua berapa ya bos.ku

    ReplyDelete
  4. Nak tanya, penaja tu untuk apa sebenarnya?

    ReplyDelete
  5. Boleh ke social visa selepas nikah(6 bulan pertama,sebab sponsor visa dari pasangan katenye cuma bole dpt 6 bulan lepas tarikh berkahwin)so social pass tu boleh extend smp 6 bulan ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu saya pun baru berkahwin dengan lelaki indonesia .. imegresen ckp 6 bulan lepas kawen tu baru leh apply .. dlm masa 6 bulan tu kena ulang alik cop pasport . agak nya peraturan dh berubah kot skrg

      Delete
    2. Ye btul tu..skrg 6 bln dah kawen bru boleh buka file di imigresen ikut alamat dlm ic..klu selangor kna g shah alam n seterusnya

      Delete
  6. Saya mohon visa dari 17 disember2017 sampai sekarang masih belum dapat lagi...isteri saya dah berapa kali keluar masuk..chop lanjutan tu dia panggil apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebaiknya tuan ke Imigresen dan buat follow up dengan imigresen kenapa visa tuan belum boleh dapat.

      Delete
    2. Visa apa yg en mohon xdpt lg? visa kawen ke? En dah buka file ke blm sbb selalunya klu dah buka file imigresen akn bg 1 surat akuan penerimaan. Dlm tu dinyatakan tarikh bila en perlu dtg kmbali dgn isteri utk buat pembyrn sekaligus serahkn passport utk ditampal visa kahwin tu. Imigresen ada bg x surat tu?

      Delete
    3. Bos mau nanya,sy sekarang kawin dgan orang indonesia,dan visa lawantan sosial mati tanggal 12 februari ini,bolehkah sy menyambung visa lanjutan?? Untuk sementara menunggu surat nikah keluar

      Delete
  7. Salam...kalo visa tamat tempoh macm mana ye

    ReplyDelete
  8. Kawan saya indonesia kawin ngan org sini.dh dapat visa 6 bulan.dlm masa 6 bulan jgn berkerja.tapi kwn sy ni mak metua dia ad kedai makan.selalu la lepak2 tolong2 sikit.rupanya imigresen dtg rmh buat spotcek.takut kawin tipu,time tu kwn sy kat kedai mak metua dia la.so imig call cakap dh ad kat rmh.kwn sy ni bengong ingat kan yg dtg tu scammer,so dia tak balik la.ni skrg dh nk sambung visa setahun problem sbb 3 bulan lps dorg dtg kwn sy tu tkde.nasib la kena buat surat rayuan plk.and jumpa pengarah..sistem dah lain..makin susah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...kalau imigresen nak datang ke rumah untuk lawatan dei akan call dlu ke?

      Delete
    2. wah saya tak pernah lagi tau tentang hal spotcheck ni..boleh tau jab imigresen negeri mana yang buat spotcheck ni?

      Delete
    3. Ianya benar sebab JIM sudah trace ada segelintir orang asing kahwin secara kontrak dan mempergunakan warganegara hanya untuk set up perniagaan mereka di Malaysia.
      Sistem dah berubah.Banyak undang undang diperketatkan disebabkan masalah ini.

      Delete
  9. Puan sy nak tanya,sekarang sy kahwin dengan orang indonesia,visa dia nak expired 12/3 ini,12 hari lagi,bolehkah sy nak buat visa lanjutan dengan menggunakan surat kahwin sementara dahulu?? Sebab tok kadi cakap surat kahwin yang ori siap pada 23/3 ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cuba ke pejabat imigresen untuk dapatkan visa lanjutan

      Delete
  10. Macam mn proses utk rakyat malaysia bernikah di batam atau tanjung pinang....?? Urus kn sendiri atau perlu cari agent...

    ReplyDelete
    Replies
    1. my advice, sebaik nya uruskan sendiri..untuk mengelakkan penipuan dan document palsu.

      Delete
  11. Assalamualaikum, anak sy warga thai akn bkhwin ngn warganegara bleh kah sy tny? Kahwin dahulu bru apply ke imergresen / kena apply dlu bru kwin?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebaik nya apply dulu kebebaran berkahwin dengan warga asing..supaya tidak ada masalah di kemudian hari..

      Delete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Tumpang tanya dan minta ditunjuk ajar cara membuat surat rayuan permohonan permit masuk/ pas Residen untuk isteri yang warga Indonesia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf encik, sepanjang saya berurusan, semua ada borang yang disediakan oleh pihak imigresen, tiada surat rayuan perlu disediakan.

      Delete
  14. Nak tanya pasal resit deposit tu .i punya hilsng boleh ke nak mohon pr

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada kawan suami yg hilang juga. borang masih boleh di hantar tp deposit RM500 tu x pasti dapat balik ke tak

      Delete
  15. Boleh bagi tau ape borang syarat nak mohon tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. panjang entry saya ni encik, apa yg nk di mohon?..soalan nya x jelas

      apa2 doc yg perlu disediakan, saya dh jelaskan panjang lebar di dlm blog ni..

      kalau xde tu maknanya, saya tak tau. sory

      Delete