Baru-baru ni ada pasangan orang tua jumpa suami aku mintak tolong..
si suami umur dah 70an baru berkahwin ngan isteri baru dari Indonesia umur 59 tahun..
Masa dorang nak kahwin, dorang dah uruskan Jabatan Agama dan Imigresen sendiri..so semua urusan sebelum kahwin dah takde masalah..
Lepas kahwin, dorang nak buat visa...pegawai imigresen terangkan dorang tak paham, asyik cerita kat pakcik aku IMIGRESEN rejek..sampai la chop passport si isteri ni dah nak expired, jadi si isteri ni terpaksa lah balik Indon dulu..bila si isteri ni dah masuk malaysia..terus dia jumpa suami aku mintak tolong sebab takut visa isteri expired tapi visa kahwin belum dapat..
so suami aku ni pun sebab dia kerja sendiri, waktu weekdays pergi la jabatan imigresen, officer tu cakap kena takde masalah dokumen dah ni, semua dah cukup cuma kena ada pengesahan dari Kadi...nanti datang lagi 14/3..sbb makcik tu punya last day kat msia ni 15/3 (based on chop kat passport)...so dorang pun pulang rumah dengan senang hati sebab tunggu je la 14/3 nanti..nanti datang je la ke Imigresen lagi...
Tetiba suami aku kena ke Batam pada 14/3 tu..jadi hari ahad lepas (11/3) dia mintak tolong aku bawak makcik tu ke Imigresen untuk uruskan Visa kahwin, dia pun dah berjanji nak tolong, maka aku pun bawak la makcik tu ke Imigresen pada hari ahad lepas..
Kalau siapa yang duduk kat JB ni ada pilihan, jangan la sekali-kali datang pejabat Imigresen pada hari ahad..dia punya penuh sampai depan lif pun xde ruang nak keluar..huhuhu..
Tapi sebab suami aku suruh kan...aku pun baik je la bersabar tunggu turn..dari sampai pukul 11pagi sampai la ke pukul 5.30 petang baru nombor di panggil..kata officer tu nombor aku dah di panggil pukul 2 tp makcik tu tak datang2 ke kaunter..(mungkin kami terlepas pandang sebab ramai sangat orang)..
Lepas dia terang-terangkan kejap ngan makcik tu..aku baru nak sampai ke kaunter tu..eh dah habis..aku pun tunggu makcik tu kat lif, (sebab org sesak, lif pun dekat ngan aku)...aku tanya dah settle ke?..makcik tu kata officer tu suruh jumpa kadi mintak pengesahan...ada borang di beri??..takde pulak jawab makcik tu...eh nanti kadi tu dah buat surat, salah pulak..
maka aku pun naik semula ke pejabat imigresen tu tanya betul-betul sebab apa reject..aku cakap kat pegawai tu, "makcik ni dah tua dia kurang faham, boleh tolong jelaskan sekali lagi kenapa kena reject??.."
Sebenarnya lepas akad nikah...perlu ke Pejabat Kadi mintak pejabat kadi mintak surat pengesahan, nanti pejabat kadi akan hantar terus ke pejabat Imigresen..nanti bila buat visa, sebenarnya pejabat imigresen dah terima dah hantar maklumat direct ke sana, baru visa boleh dikeluarkan..
PEJABAT KADI di MAJLIS AGAMA..bukan pegi jumpa tok kadi!!!..
Mujur la aku pegi tanya..kang tak pasal pegi jumpa tok kadi mintak surat..(*tepuk dahi*)
sebabkan dah pukul 5.30 ptg, maka esoknya aku pun cuti hapday hantar makcik tu ke PEJABAT KADI, MAJLIS AGAMA..
Bila sampai kat MAJLIS AGAMA, officer situ mintak
a) salinan IC suami
b) salinan passport isteri
c) Salinan surat nikah
takde borang kena isi..cuma maklumkan yang kita nk buat visa suami isteri,..nanti pejabat agama akan buat urusan dia dan direct hantar report ke IMIGRESEN..
Urusan kat MAJLIS AGAMA ni amik masa seminggu..
Jadi makcik ni dah risau kalau dia kena balik lagi ke indon..sebab ada tempoh 2 hari je lagi dah nak 15/3 (chop passport dia expired)..
Pada 14/3 makcik tu tetap ke IMIGRESEN, officer imigresen bagi lanjutan 1 bulan untuk dia duduk sini..bayaran RM100..dia chop kat passport makcik tu..nanti sebelum chop lanjutan sebulan ni habis, dia kena datang lagi untuk buat visa...patutnya dah takde masalah..
Pegawai tu cakap lain kali kalau ada masalah macam ni, datang je IMIGRESEN nanti di bagi chop lanjutan dengan kos RM100, itu lebih murah dari tiken return ke BATAM..
so skang makcik tu stay kat sini dengan visa lanjutan..nanti bila cukup masa InsyaAllah moga urusan beliau dipermudahkan..Amin..