Ini kali ke 3 kami nak renew visa..saya tengok format borang nya ada lain sikit..ini checksheet yang diberikan pihak imigresen..
Pihak imigresen akan kasi borang IM 12..isi borang ni..
Untuk ruangan pemohon dan maklumat passport tu untuk information
suami/isteri yang bukan warganegara..kemudian tampal gambar yang suami/isteri
yang bukan warganegara
untuk ruang penganjur tu ada lah yang suami/isteri yang warganegara..
Dan juga borang akuan sumpah..bila dah di isi borang ni, lekat kan gambar suami & isteri..kemudian ke pejabat akuan sumpah untuk di chop..bayaran yang saya kena RM4 - RM8 (bergantung pd pegawai tu)
ada juga lagi 4 helai borang yang perlu di isi..tapi saya terlupa nk amik
gambar,..nanti kalau saya ada borang nya lagi, saya letakkan di sini untuk rujukan
pihak tuan ya..
Contoh surat tawaran bekerja dari pihak majikan ada di komen link
ini
contoh surat rasmi pemohon untuk dari suami/isteri yang warganegara kepada
pihak imigresen..
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nama
suami/isteri yang warganegara
Alamat
______________________________________________________________________
Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor
Darul Takzim,
Kompleks Kementerian Dalam Negeri,
Jalan Setia Tropika,
Taman Setia Tropika, Kempas
81200 Johor Bahru
PERMOHONAN
BEKERJA DI MALAYSIA
Saya seperti nama dia atas merupakan isteri
kepada ......(nama suami)...... ingin memohon kebenaran pihak tuan untuk
membenarkan suami saya bekerja di Malaysia.
2.
Perkara ini amat penting bagi pihak kami kerana beliau perlu menjalankan
tanggungjawab untuk menyara hidup kami di samping mengukuhkan ekonomi keluarga
untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.
3.
Pertimbangan daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan
ribuan terima kasih.
Sekian.
Tandatangan
Tandatangan
(Nama pasangan yang
warganegara)
(Nama pasangan yang bukan warganegara )
Isteri
Suami
no IC
No
passport
Bila semua dokumen dah lengkap boleh hantarar borang dan buat
bayaran...simpan resit dengan cermat..jangan hilangkan...
Ini contoh visa bekerja untuk pasangan suami/
isteri..
Good Luck