Tuesday, 22 December 2015

**Renew VISA**

lama betul dah tak menjenguk blog ni..hehe..sorry ye..
rupanya ada banyak jugak pertanyaan dari reader2 yang aku tak perasan..

ampun banyak-banyak..

sambungan..

Lepas buat hampir tamat tempoh visa 1 tahun tu, korang boleh pegi jabatan imigresen dan dapat kan borang..borang untuk renew tak complicated macam 1st time..sikit je borangnya dan ada borang untuk dapatkan chop dari suruhanjaya sumpah..

document yang perlu ada
a) Surat nikah
b) IC asal & salinan suami / Isteri (yang warganegara)
c) Passport asal & salinan suami/isteri (yang warganegara asing)
d) Surat akuan sumpah (dah siap di chop)- kat borang ni kena tampal gambar ukuran passport, suami & isteri
e) Borang yang di beri oleh pihak imigresen
selama tempoh kami dah kawin setahun ni, aku dah sempat buatkan SSM untuk kami..so just guna document SSM tu sebagai company si dia bekerja..

Dokumen yang perlu disediakan
a) Surat permohonan hendak bekerja di Malaysia dari suami / isteri (yang bukan warganegara malaysia) kepada pengarah jabatan imigresen..contoh ada kat entry ni sini
b) Surat tawaran bekerja oleh majikan - pastikan guna letter head dan ada chop dari majikan (yang ni pastikan pakai chop kaler biru, aku sendiri yg sign sebab SSM nama aku..kiki)
c) Lesen Perniagaan (yang ni takde, tapi aku bgtau pegawai imigresen tu kami berniaga online dari rumah je, dan alamat kat SSM tu mmg alamat rumah aku pun)
d) Sijil Daftar Syarikat (SSM) & any related document lain
e) Borang yang perlu di isi oleh jab imigresen
f) Surat Akuan Sumpah - kat borang ni kena tampal gambar ukuran passport, suami & isteri
g) Passport asal & salinan suami/isteri (yang warganegara asing)
h) Standby surat nikah - kot dia tanya..

 This time kami dapat visa untuk 2 tahun terus dan juga chop kebenaran bekerja..expired bulan Nov, 2017...Alhamdulillah..

 Bila suami kita dah ada visa suami/isteri, dorang dah boleh buat lesen memendu tau..so en suami dah boleh ada lesen, kita pun senang la sikit kan..

 kami pun dah pergi beberapa kali melawat saudara mara di Batam, dan ber hanimun di Acheh, dan InsyaAllah bulan Feb 2016 nanti akan ke Umrah...passport semua dah serahkan ke travel agent untuk apply visa umrah pulak...Doakan semua nya berjalan lancar ya..

untuk yang baru nak apply, jangan takut nak call jabatan  imigresen, atau jabatan agama atau kedutaan...ramai je yang berkahwin dengan bukan warganegara Malaysia ni, dan pegawai-pegawai ni willingly nak membantu dan jawab soalan-soalan kita..so far aku takde lagi pun kena sound2 oleh pegawai2 kerajaan ni..

so think +ve ya...

good luck..