Wednesday, 26 November 2014

*Visa Perkahwinan*

Okehh...lama jugak tak update blog ni ye..hehe..sorry la ye..

bila je dah dekat2 tarikh tamat visa percubaan 6 bulan tu, korang pergi sekali lagi ke imigresen dan bawak salinan dokumen2 berikut;

a) Surat nikah
b) IC asal & salinan suami / Isteri (yang warganegara)
c) Passport asal & salinan suami/isteri (yang warganegara asing)
d) Surat akuan sumpah (dah siap di chop)- kat borang ni kena tampal gambar ukuran passport, suami & isteri
e) Borang yang di beri oleh pihak imigresen

hantar borang-borang ni kat kaunter, tunggu sekejap..(lebih kurang setengah jam)..nanti di panggil untuk buat pembayaran..menurut staff imigresen tu, untuk first time, diberi tempoh setahun je..so bayaran cuma RM105..nanti dah nak expired, boleh sambung lagi..

Untuk Buat visa kerja pulak, kami ada sikit masalah document, so buat sementara ni, kami hold dulu application visa pekerja ni..bila-bila masa boleh buat sebab dia free je kan..

Dokumen yang perlu disediakan
a) Surat permohonan hendak bekerja di Malaysia dari suami / isteri (yang bukan warganegara malaysia) kepada pengarah jabatan imigresen
b) Surat tawaran bekerja oleh majikan - pastikan guna letter head dan ada chop dari majikan (yang ni la kami kantoi, xde chop)
c) Lesen Perniagaan (Majlis perbandaran)
d) Sijil Daftar Syarikat (SSM) & any related document lain
e) Borang yang perlu di isi
f) Surat Akuan Sumpah - kat borang ni kena tampal gambar ukuran passport, suami & isteri
g) Passport asal & salinan suami/isteri (yang warganegara asing)
h) Standby surat nikah - kot dia tanya..




Untuk surat permohonan hendak bekerja di Malaysia tu, ni aku dah buat..korang boleh copy/paste..

...................................................................................................................................................................



Nama suami atau isteri (yang bukan warganegara)
Alamat surat menyurat


Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor Darul Takzim,
Kompleks Kementerian Dalam Negeri,
Jalan Setia Tropika,
Taman Setia Tropika, Kempas
81200 Johor Bahru

PERMOHONAN BEKERJA DI MALAYSIA

Saya, ____(nama)______ (No Passport : ________) merupakan suami kepada ____________ (No Kad Pengenalan : ____________) ingin memohon kebenaran pihak tuan untuk membenarkan saya bekerja di Malaysia.

2.         Perkara ini amat penting bagi pihak kami kerana saya perlu menjalankan tanggungjawab untuk menyara hidup kami di samping mengukuhkan ekonomi keluarga untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

3.         Pertimbangan daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.


 




(Nama suami)                                                                                     (Nama Isteri)
Suami                                                                                                  Isteri
No Passport                                                                                          No Kad Pengenalan