masa mintak pengesahan imigresen ari tu mmg kami dah pergi terus ke bahagian visa (alang-alang dah kat dalam 1 bangunan), mintak segala borang dan senarai segala dokemen yang diperlukan..
semua dokumen yang diperlukan;
- Borang Imm.12 (2 salinan)
- Borang Imm.38
- Salinan Kad Pengenalan penaja (suami/isteri yang warganegara)
- Salinan Surat Beranak penaja (suami/isteri yang warganegara)
- Salinan pasport suami/isteri yang warganegara (jika berkahwin di luar Malaysia) semua muka surat bercetak
- Salinan pasport pemohon (suami/isteri yang bukan warganegara) (semua muka surat yang bercetak)
- Salinan sijil nikah/ kahwin di Malaysia (jika berkahwin di luar negara sertakan sijil nikah/ kahwin negara berkenaan)
- Gambar suami / isteri berukuran pasport (2 keping)
- Gambar perkahwinan• Surat cerai/ sijil kematian (jika janda/duda) - gambar kahwin ni, gambar yang korg amik kat atas pelamin..mujur la kami kawin kat jabatan agama, ada la di sediakan pelamin kecik kat situ..dari 6 keping gambar yg kami bawak, cuma 1 je yang lulus..mujur la ada jugak yang sangkut, kalau x, kena cari lagi gambar kat camera.
- Security Bond - Perlu Stem hasil RM10
- Surat Akuan Sumpah - Perlu chop pesuruhjaya sumpah
- Ada beberapa lagi borang berkenaan suami/isteri yang perlu di isi
Kelulusan visa mengambil masa 3 hari bekerja..so, lepas 3 hari, suami dan isteri perlu datang lagi untuk ambil visa tersebut, jangan lupa bawak passport pasangan yang bukan warganegara..
Total bayaran yang perlu dibawa = RM 1120, details bayaran dalam resit di bawah
Visa ini untuk tempoh 6 bulan sahaja..di anggap sebagai tempoh percubaan..sepanjang 6 bulan ini, anda dan pasangan di benarkan keluar/masuk dari malaysia, (boleh la nak jejalan kat kampung si dia ke or nak hanimun jejauh sikit) memandanagkan visa ini multiple entry..tetapi si suami/isteri yang bukan warganegara tidak dibenarkan bekerja dalam tempoh 6 bulan ini, sebab visa tersebut untuk visa lawatan sosial jangka panjang sahaja, bukan visa bekerja....(ni la masalah besarnya)..sebab kat visa tu ada tulis "during this period, employment are prohibited"
Ni hasil soalan saya dan en suami kepada pegawai immigresen tadi,
Selepas tempoh 6 bulan, sekiranya takde masalah, perlu datang lagi ke immigresen untuk buat visa sosial (perkahwinan)..perlu di re-new setiap tahun..bayaran untuk setiap tahun RM105...kalau takde masalah, boleh apply terus beberapa tahun, bergantung kepada kelulusan immigresen..contoh nak buat terus 4 tahun, kena bayar RM105 x 4 tahun = RM420...
Dalam tempoh ni, boleh buat sekali visa pekerja..tapi ada byk jugak supporting dokumen yang perlu di sediakan..nanti bila saya process bab ni, saya update entry baru ye..tadi saya dah amik senarai dokumen yang diperlukan..bayaran tak pasti pulak, lupa nak tanya tadi...
Selepas 5 tahun guna visa sosial perkahwinan, baru boleh apply kad pengenalan merah (Permanent resident, PR)..kalau boleh apply PR, so deposit RM500 yang dah bayar tadi baru boleh dapat balik, tu pun resit jangan bagi hilang..(simpan semua dokumen baik-baik ye) >.<"