Masa pergi kursus pra perkahwinan ari tu, penceramah ada bagi tau amik form N1, N2, N3 and N4 dari jabatan agama Indonesia nanti.. ( KUA)
ni aku jumpa link yang tunjukkan contoh form tu.
Form N1 : Surat Keterangan Untuk Nikah
Form N2 : Surat Keterangan Asal Usul
Form N3 : Surat Persetujuan Mempelai
Form N4 : Surat Keterangan Tentang Orang Tua
So, sebelum pasangan nak pulang ke Indon untuk uruskan dokumen-dokumen ini,..jangan lupa sediakan photostate IC diri sendiri, bapa dan ibu kita..so, nanti bila kat sana senang urusan KUA nak isi dokument ni..
Sunday, 23 February 2014
Thursday, 20 February 2014
*Pertanyaan*
Information dari UTUSAN
Soalan
Sayamerancang untuk mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Pasangan saya adalah warga Pakistan yang telah tiga tahun menetap di Malaysia. Apakah prosedur yang perlu dilakukan untuk melangsungkan perkahwinan. Adakah pasangan saya perlu mengikuti kursus praperkahwinan?
Irma, Ampang
Jawapan
Perkahwinan di antara rakyat Malaysia dan warga asing atau di antara dua warga asing adalah boleh dan dibenarkan untuk dilakukan di Malaysia. Bagi perkahwinan di antara rakyat Malaysia dan warganegara asing, prosedur yang harus diikuti adalah berlainan daripada prosedur perkahwinan di antara sesama rakyat Malaysia.
Secara amnya apabila warga asing dan rakyat Malaysia ingin berkahwin, mereka wajib untuk memohon kebenaran berkahwin dari Jabatan Agama. Borang permohonan perkahwinan haruslah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut:
l Salinan pasport atau salinan kad pengenalan (lelaki dan perempuan);
l Surat kebenaran dari kedutaan negara pemohon (bagi kes saudari, Kedutaan Pakistan);
l Surat keterangan dari Jabatan Imigresen Malaysia;
l Surat Akuan Cerai atau Surat Akuan Kematian (jika pernah berkahwin atau kematian pasangan sebelumnya);
l Surat Kebenaran Poligami dari Mahkamah Syariah di Malaysia (jika berpoligami);
l Surat wakalah wali (bagi wanita); dan
l Salinan Sijil Kursus Perkahwinan.
Borang permohonan dan dokumen-dokumen ini haruslah dikemukakan kepada Penolong Pendaftar Nikah Kariah di mana saudari bermastautin. Ini adalah untuk mendapatkan kelulusan bernikah dari Pendaftar Nikah. Permohonan ini haruslah diserahkan dalam tempoh sebulan atau tidak kurang dari tujuh hari sebelum tarikh perkahwinan yang dirancang. Adalah dinasihatkan untuk melakukan persediaan awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
Sekiranya bakal suami saudari adalah penduduk tetap negara ini atau pemegang Kad Pengenalan Merah, dokumen yang lain harus disertakan iaitu:
l Salinan Kad Pengenalan Merah dan permit masuk; dan
l Surat Pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Negara atau pengesahan permit masuk dari Jabatan Imigresen.
Kedua-dua situasi di atas adalah bagi warga asing yang mempunyai pas masuk secara sosial atau perniagaan. Situasi adalah berbeza bagi warga asing yang dibenarkan masuk ke negara ini melalui permit pekerjaan.
Perlu dimaklumkan bahawa warga asing yang memegang permit kerja adalah tidak dibenarkan memohon untuk berkahwin di negara ini. Sekiranya perkahwinan ini berlangsung dengan tidak mematuhi undang-undang, maka ia akan memberi implikasi kepada permit kerja yang telah diberi kepadanya.
Ini adalah berdasarkan kepada kontrak yang telah dipersetujui dan ditandatangani. Sekiranya warga asing tersebut mahu berkahwin dengan wanita tempatan, kontrak atau permit kerja pekerja asing tersebut di Malaysia adalah terbatal.
Kemudian warga asing tersebut perlu pulang ke negara asal untuk tempoh enam bulan (cooling period) dan sepanjang tempoh tersebut warga asing tersebut hanya diberikan pas sementara (pas lawatan) yang tidak akan dilanjutkan.
Selepas tempoh enam bulan tersebut barulah warga asing tersebut boleh mendaftar di imigresen untuk mendaftar sebagai suami kepada warganegara.
Untuk pengetahuan saudari, satu pekeliling telah dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen di mana suami/isteri kepada warganegara Malaysia yang telah diberikan/layak diberikan Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang berdasarkan syarat-syarat dan peraturan-peraturan semasa yang sedang berkuatkuasa adalah dibenarkan untuk bekerja (melakukan pekerjaan berbayar), berniaga dan pekerjaan profesional tanpa perlu menukar status Pas Lawatan Sosial mereka kepada pas kerja yang berkaitan (Pas Penggajian / Pas Lawatan Kerja Sementara).
Berkenaan dengan kursus pra perkahwinan, warga asing tidak diwajibkan mengikutinya. Walau bagaimanapun jika kursus pra perkahwinan diadakan dalam bahasa yang boleh difahami oleh bakal suami saudari, digalakkan untuk menyertainya.
Diharap penjelasan ini dapat membantu saudari, jika terdapat sebarang kemusykilan boleh menghubungi pihak kami atau layari laman web Sisters di www.sistersinislam.org.my
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0619&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm#ixzz2tvzFwJFZ
© Utusan Melayu (M) Bhd

Wednesday, 19 February 2014
*urusan di Indonesia*
Hari ni si dia pagi-pagi dah naik ferry kat Stulang untuk ke Tanjung Pinang..
Kali ni mintak tolong saudara-mara si dia kat sana untuk uruskan application KPT dan Kartu Keluarga (KK) kat sana..
Bila dah dapat KPT ngan KK baru la boleh ke Jabatan Ugama (KUA) untuk dapat kan borang-borang lain..N1, N2, N3 and N4..
Agak berdebar jugak la, sebab ini percubaan ke-2 si dia ke sana untuk settlekan urusan documentation..sebab masa 1st time ke sana, dia kan lansung takde KPT or KK..so segala rekod kewarganegaraan si dia tu lansung tak ada...tu yang complicated tue..kena bawak surat beranak parents la, kena bawak surat kahwin parents la..banyak supporting document kena bawak rupanya untuk dapatkan KPT and KK nie...hari tu pergi tak bawak semua supporting document tu..
kalau dah ada KPT and KK, sehari je insyaAllah urusan nya sempat siap..
Oh ya, semalam pak cik si dia yang tolong uruskan document kami ni, mintak gambar-gambar pasport bersaiz seperti berikut,
2x3 = 6 keping (saiz kecik je ni, cam ala2 untuk visa)
3x4 = 4 keping (saiz kecik sikit je dari gambar passport)
4x6 = 2 keping (saiz gambar passport biasa)
so semalam aku kerja half day, settlekan hal gambar-gambar ni...1 set je, untuk si dia..may be untuk buat KPT ngan KK..
Hope everything goes well..InsyaAllah..
pic : cilok dari Google..>.<

Tuesday, 18 February 2014
*Langkah ke 4 * Surat pengakuan bujang*
Sementara dok pening-pening ngan urusan si dia, aku masuk opis je, terus bukak website HR..
apa lagi, terus apply surat pengakuan bujang...sib baik la online system jew...haa, senang kaaannn..
dalam system kata perlu tunggu 3 working days, nanti akan di hantar terus ke umah...yeaahhh...
Bismillah..moga-moga segala urusan berjalan dengan lancar...
korang boleh tengok contoh-contoh surat pengakuan bujang kat link-link berikut..
http://belogputri.blogspot.sg/2012/08/contoh-surat-akuan-bujang.html
http://duwan06.webs.com/SURAT%20AKUAN%20BUJANG.pdf
http://dia-honey.blogspot.sg/2011/09/contoh-surat-akuan-bujang-dari-majikan.html
apa yang penting, majikan yang approvekan kita punya surat ni mestilah muslim..
Penting tau tentang majikan muslim, sebab aku terpaksa hantar email kepada HR manager, mintak dia re-issue kan balik surat tu, clerk yang sign surat aku tu amoi pulak..
nasib baik la buat awal-awal ni, kalo ada masalah, ada masa lagi nak buat pembetulan kaann..

*Langkah 3 * Jabatan Agama*
Alhamdulillah, sampai je kat jabatan agama tu tak ramai orang..terus je kami ke kaunter 2..baru je nak mintak akak kaunter tu terangkan tentang prosedur, terus dia tanya, "dah ada surat untuk bawak ke imigresen?"..
Aku pun jawab, "eh, belum ada lagi..tak de amik apa-apa surat lagi pun"..
Akak tu pun mintak ic dari aku dan passport dr si dia..terus dia buat surat..
Bila surat dh siap, di stapler kan dan serahkan kepada aku..
"bawak surat ni pegi imigresen"
Monday, 17 February 2014
*misi mencari maklumat*
Sambungan dari sini..
Balik je dari kedutaan tadi, memang serabut betul kepala otak aku
nie..huhu..terus rasa tension...
Malam tu, aku google segala information...
bapa aku pun dah start tanya macam-macam..kalau nak serius ngan si dia,
make sure segala prosedur follow betul-betul..jangan sampai ada masalah, nanti
bila dah ada anak, susah nak register pulak..follow rules..no shortcut..T.T..
Esok pagi-pagi aku terus call jabatan agama..07-2282940
Mintak sambungkan ke bahagian perkahwinan dengan warga negara asing..
aku tanya satu persatu..yang menjadi kerumitan sekarang ni, si dia
gunakan permit kerja kat sini...(boleh rujuk balik entry aku pasal pengenalan
dan latar belakang si dia)..
dah tanya macam-macam segala prosedur, then call imigresen
pulak..07-2338555..
boleh tumpang tanya pasal prosedur kat imigresen untuk visa
perkahwinan..
bila dah bercakap dengan kedua-dua jabatan ni, baru aku boleh gambarkan
proses keseluruhan pasal procedur ni, takde la complicated mana, cuma perlu
paham kan betul-betul dan sangat memerlukan pengorbanan masa untuk settlekan
semua urusan nie..
si dia ada jugak bertanya kan kat kawan-kawan dia yang berkahwin dengan
orang local malaysia nie, rupanya ada agent yang tolong settle kan hal-hal ni,
tapi nak kena standby RM7000...
mana nak cekauuuuuuu???
kena usahakan sendiri la nampak nyaaaa....
* kedutaan * Mencari information *
Lepas keluar je dr klinik kesihatan, buat HIV test tadi..kami blurrr...betul-betul blurrr...nak buat apa lagi ni?...
Ok, takpe..kita try pergi kedutaan..tanya staff kat situ..kot dapat sikit advice dari mereka...
Bila sampai-sampai je kat kedutaan tu, si dia terus pegi kaunter..tumpang tanya kat staf2 situ..kemudian ke kaunter 8..staf kat situ bagi si dia form, and brief dia sikit2...
Aku cuma memandang je dari jauh..bila si dia datang kepadaku dengan muka blurr, aku gelakkan je..haha. dia pun tak paham bahasa indon yg staf tue terangkan, apakan lagi aku ni kan?..haha..
Last-last kami masuk ke bilik aduan yang terletak di sebelah kanan...aku pun tanya macam-macam jugak laa..biar betul-betul paham..kang nak kena datang 2-3 kali, membazir masa pulak kan..
Inilah supporting doc yang kena sediakan..document yang perlu disediakan oleh aku tu mudah je, part document yang perlu disediakan oleh si dia tu yang kami tak paham..tapi yang paling penting kata staff tu, apa-apa pun si dia perlu ke Indon untuk amik semua document2 tue..(alamakkkk...)
Setelah habiskan masa lebih kurang sejam kat kedutaan tu, kami masih lagi blurr...tak pe la..at least aku dh dapat gambaran yang urusan ini bukan mudah...

*baru nak sedarrrr!..*
So, aku kena betul-betul usaha cari information sendiri lepas nie..
*Langkah 2 *HIV test*
Sorry lambat pulak sambungan nya...dah start busy buat persediaan dah ni...maaf yea..
Ok..langkah ke dua...korang kena pegi buat HIV test!!!!...
Form ni kena amik kat jabatan agama..then korang boleh cari maklumat untuk jadual klinik kesihatan..sebab bukan semua klinik kesihatan buat HIV test ni, dan dalam seminggu tu, cuma certain masa je disediakan slot untuk bakal-bakal pengantin buat HIV test,..
Untuk pengantin warga negara Malaysia, harga nya RM5,manakala untuk pengantin yang bukan warga negara, dikenakan bayaran RM15.
Ujian HIV nie mesti dibuat di klinik kerajaan sahaja...klinik swasta tak diterimaaaaa...
nanti bila dah dapat result, nurse akan panggil masuk bilik dan bagi surat result, masukkan ke dalam sampul surat ye..nurse pesan jangan bukak..tp pandai-pandai la nak skodeng result kaaaaann..haha..walaupun tau resultnya (insyallah) negative, tp curious nya sendiri mau ingat la..hehe..
kalo nasib baik, 2 jam je dah siap...:)
keputusan ujian HIV test ni laku untuk 6 bulan sahaja ea..kalo agak-agak majlis korang lambat lagi, pandai-pandai la budget timing ye..
pictures courtesy of pak cik Google

*jadual ni aku google je, tapi maybe dah ada perubahan sebab ari jumaat gomen kan dah cuti.
Untuk pengantin warga negara Malaysia, harga nya RM5,manakala untuk pengantin yang bukan warga negara, dikenakan bayaran RM15.
Ujian HIV nie mesti dibuat di klinik kerajaan sahaja...klinik swasta tak diterimaaaaa...
nanti bila dah dapat result, nurse akan panggil masuk bilik dan bagi surat result, masukkan ke dalam sampul surat ye..nurse pesan jangan bukak..tp pandai-pandai la nak skodeng result kaaaaann..haha..walaupun tau resultnya (insyallah) negative, tp curious nya sendiri mau ingat la..hehe..
kalo nasib baik, 2 jam je dah siap...:)
keputusan ujian HIV test ni laku untuk 6 bulan sahaja ea..kalo agak-agak majlis korang lambat lagi, pandai-pandai la budget timing ye..
pictures courtesy of pak cik Google
Subscribe to:
Posts (Atom)